Sepanjang kahwin, saya tak pernah raya kat Muar on first raya. Ini adalah kerana parents saya sendiri balik kampung. Nenek saya (my father' side) tinggal di Kluang. So what I do year after year is, after sembahyang raya, kita orang semuanya pergi Kluang jumpa my parents and my nenek tapi kita orang balik Melaka balik on the same day.
Psssttt, I thinkkan my mum kan dia boring jugak sebab still kena beraya kat kampung Kluang tu (dari sejak dia kahwin lagi). I think since dia dah ada cucu (yang semuanya dihasilkan oleh saya), dia teringin nak kita semua bermalam raya dan bersibuk-sibuk memasak dan seterusnya sembahyang raya dan bersibuk-sibuk di pagi raya dan ultimately mintak ampun dan maaf bersama-sama di pagi raya..di rumah dia.
I so know how she feels.
I so know how she wants to be the woman of the house..during raya time.
Pasal saya pernah duduk kat obersea dulu. Saya tau kesibukkannya masa malam raya tu. I prepared all the raya meal by myself, well except the pressed rice. Saya mintak budak jantan buatkan. Masa tu tak ada ketupat adabi tu. So bebudak jantan tu creatively buatlah nasi impit. Hempap dengan dumb bell, buku yang tak pernah bacalah dan macam-macam lagi benda yang berat.
I single handedly prepared the rendang, lodeh (orang Johor wajib ada lodeh) and kuah kacang. Sapa yang rajin nak tolong, I hand the task of potong memotong bawang, bawang puteh, lengkuas yang keras tu, serai, buang kulit kacang, halia dan the etc. job.
Dapur tu saya punya. Saya handle the amount of santan, the amount of cili, kerisik, the kerangupan kacang, amount of sampah sarap in the lodeh, garam, gula, kering rendang, amount of kuah kacang. Semuanya saya punya. Saya, Lollies, the control freak jadi project manager dapur. Etc. job aje saya kasi kat the volunteers.
Saya digress.
Point saya is, saya rasa, samalah dengan mak saya. Dia pun nak in control jugak. Dia nak gak pilih sendiri set pinggan mana yang nak dipakai raya ni rather than being asked to take the set of their choice. Yalah memang dia orang buat kerja sama-sama. Macam taulah sapa yang kena isi ketupat, tukang kacau rendang, tukang jaga api, tukang potong carrot, kobis, tukang rendam perut tahu, suun. Tapi mesti ada master mind dia.
Saya suka jadi mastermindnya.
Dan mak saya nak merasa salaman anak-anaknya dan celoteh cucunya pada pagi raya tu jugak, di rumah sendiri, bukannya pukul 2 tengahari.
Tapi tak apa..saya semua dan anak-anak still jumpa dia. Lambat pun lambatlah. Ada orang langsung tak dapat jumpa.
Err..saya pun ada kat rumah mertua saya.
Tapi orang Melaka tak buat lodehlah.
Selamat hari raya korang semua. Saya mintak maaf jika ada terkasar bahasa atau cara sepanjang korang membaca di sini atau yang saya komen kat tempat korang.