Pergi bakul kosong..balik penuh. Pasar malam tempat aku hari Jumaat. Aku sangat-sangat menunggunya. Sebab pertamanya aku tak payah masak. Aku pasti akan beli ayam percik kat makcik tu yang sangat sedap rasanya. Tapi aku tak bubuh gambar ayam tu pulak..sebab gambar yang aku ambik macam tak best aje. Tak justify the taste.
Lepas tu Batrisyia boleh beli balloon. Aku ambik gambar baloon tu..tetiba ada orang jerit kat aku. LOLLIES. Aku toleh. Laa member aku sekolah menengah rupanya. Aku tak jumpa dia sejak lepas SPM. Punyalah lamanya. Dia pun dah kawin. Anak dia rupa amoi habis. Pastu dia kenalkan laki dia..laaa cina, patutlah anak dia muka amoi. Member aku ni langsung tak ada ciri-ciri amoi.
Pastu orang dok peratile kerja aku ambik gambo kat pasar malam tu. Beli aje aku ambik gambar. Tak beli pun aku ambik gambar jugaklah.
Kat pasar malam, biasalah ramai yang mintak sedekah. Tapik aku tak ambik gambar pulak. Tak taulah..aku rasa macam rude pulak kalau aku ambik gambar dia orang. So forget it. Or I really should get myself an SLR with 300mm, telephoto zoom. Barulah orang tak tau aku tengah ambik gamba dia orang.
Cakap pasal tu aje..aku pi tengok kedai camera. AKu tengah eyeing camera SLR NIKON digital. Alahhh yang basic aje, dengan lens 28-70 dah dekat RM5000. Tapi dia kasi seperate flash lah..kasik power. Dia kasik tripod free gak. APa heran tripod. AKu pun ada tripod gak. In a way good bargainlah. Tak apa aku tunggu lagi..soon with RM5000 aku boleh dapat lens lagi power. AKu nak lens yang minimum 24mm-80mm and 80-300mm.
Apa benda aku melalut ni? Well kat pasar malam tu gerenti aku beli apam balik, air soya, air mata kucing, rojak buah dan hati ayam goreng. LAin aku beli grocery. Sayur and all.
Mainan puzzle untuk Haziq pun aku beli kat sini. Murah. Hari tu buat kapal. Ayah dia buatkan..siap ada layar babe. Kena pakai benang lelayang tu. Aku tak kosalah buat tu. Baik aku belek kamera aku ni lagi bagus. Aku ada SLR CANON EOS50 ni, tapi pakai filem. Tak mampulah aku nak pakai kamera filem lagi. So aku belek ajele lens dia. Hari tu aku nak trade in..ingat nak tukarkan dengan digital NIKON tu. Tapik brader tu kata..eh sayanglah camera ni. Aku fikir betul gak tu. Tak apalah aku simpan ajele kasik kat Haziq. Itu aje harta warisan yang aku mampu.
Melalut lagi. Hari Jumaat ialah hari yang paling kenyang bagi aku. Sebab hari Jumaat ialah hari pasar malam. Tapik esok laki aku tak ada. Tak ada sapelah nak pergi pasar malam. Tak kosa aku nak pergi sorang-sorang. Berat! Lagipun aku nak bawak Jack-jack. So minggu ni aku tak makan ayam perciklah jawabnya.
11 comments:
mummy.. ayam percik pasar malam kat umah wan pun sedap.. kat sini hari semalam la tapi..
mummy.. nanti daddy sayang keje.. amin amin.. leh la angkat nikon D70 (rasanya betul dah model).. memang kompem best and superficialcaligrafi******.. tak ingat lak mantera mary poppin tu..
Dekat2 rumah aunty ni punya lah banyak pasar malam tau. Isnin, Rabu dan Sabtu yang paling dekat, sekitar 1 km radius saja tu, Selasa dengan Khamis jauh sikit. Kalau nak makan ayam percik hari2 pun boleh, baru muka pun naik muka ayam lah pulak tu.
huwaaaaaa nak makan ayam percikkkkkkkk!!!!!!!!
does anyone know the location of pasar malam in usj/subang jaya? been living in the area for more than 10 years, tapi usaha mencari pasar malam di sana sungguh tidak berjaya.
cik kak, kamera tu juai je lah kat chek.
wan - eh betullah terer lah awak ni teka nama model dia. nothing is sharper than NIKON. cewah
auntyn- amboi mak. syioknya. kat pasar malam ni best nak cari condiment-condiment. kat kedai kekadan tak fresh.
tenah-muhahaha..sedap ayam percik sedap
babe-tak jadik juallah. nak jadi harta warisan. heh heh
alaaaaa alaaaaaa (ngamuk guling-guling atas lantai) juallaaaaaaa ....
hoh!
(usha the babe guling2 atas lantai)
mai sini nak mabik gambo babe guling-guling. pakai continous clicking ni. comel babe comel..tengok ni hah gambo ni..
chomey amende???
anak gajah, apa yg chomey?
cewah babe..dalam gambar ni you nampak comel aje. fotogenik betul
Lollies kirim boleh? Nak tau foo fa tu 10! 5 yang ade gula merah dan 5 yang gula putih! Hehehehe ayam perchik plaks 20! Sini ramai yang dah lama tak makan ayam perchik from pasar malam!
Aduhh jeles dan laparnyerrr hehehehehe
Post a Comment