Adakah puan-puan menyimpan bag plastik bising?
Jika ya, bagaimakah caranya puan-puan menyimpan beg plastik puan-puan?
Adakah ianya di biarkan merata-rata di rumah anda? Tsk tsk tsk
Atau ianya di simpan dalam satu tempat khas?
Jika ianya di simpan dalam satu tempat khas, tahniah! Anda sudah masuk satu langkah ke taraf domestic goddess. Ianya satu anugerah yang di dambakan oleh rata-rata semua wanita. Walau pun mereka tidak minat kerja rumah, tetapi diam-diam sebenarnya mereka mahukan anugerah ini.
Soalan selanjutnya ialah, jika ianya di simpan dalam satu tempat khas, adakah ianya melimpah ruah seperti gambar ini?

Tsk tsk tsk.
Ianya perlu di perbaikki (<---adaka perkataan ini?) puan-puan.
Tahukah anda jika anda menyusun bag plastik anda dalam keadaan yang teratur, selain dari kelihatan kemas dan langsung membuktikan bahawa anda adalah homemaker yang bijak menyusun atur kediaman anda, anda juga dapat menjimat ruang bekas plastik khas anda itu. Anda dapat menyimpan lagi banyak bag plastik yang boleh anda gunakan sebagai kitar semula samada untuk membuang sampah, atau bungkusan tapau kawan-kawan ataupun untuk membuat bunga plastik hiasan di rumah.
Bagaimanakah caranya?
Senang sahaja puan-puan. Cuma ikut sahaja langkah seperti rajah-rajah di bawah.
Mula-mula tenangkan bag plastik bising anda itu dengan mengurut-urutnya lembut
Nota kaki: Tidak perlu memakai sarung tangan hitam semasa proses urutan tersebut. Sarung tangan adalah sekadar gambar hiasan sahajaSetelah bag plastic anda tenang, bahagikan plastic itu kepada tiga bahagian dengan melipatkannya seperti dalam gambarajah. Kalau tak pasti, sila gunakan ruler yang berukuran 30cm. Jika lebar plastik itu ialah 18 cm, ambik pula calculator dan bahagikan 18 dengan 3. Untuk memudahkan anda, saya akan tolong bahagikan untuk anda, 18 bahagi 3 jawabannya 6. maka setiap lipatan mestilah berukuran 6cm tepat. Ulangi proses ini sampai mendapat ukuran yang tepat.


Seterusnya ialah proses mentigasegikan plastik. Kita mula dari bahagian plastik yang tidak bertangkai. Lipatkan bucu plastik itu menjadi rupa tiga segi. Teruskan lipatan mengikut garisan tiga segi yang paling hampir ke plastik yang tidak berlipat. Ini adalah satu proses yang paling mengasyikkan dalam banyak-banyak proses penggodessan bag plastic ini. Maka nasihat saya enjoy while it lasts.


Teruskan lipatan sampai ke hujung bag plastic yang bertangkai. Proses mengemaskan tangkai ini memerlukan keprihatinan. Panjang tangkai yang tertinggal hendaklah berkesusaian dengan kedalaman poket plastik. Poket plastik ini terjadi semasa proses lipatan itu berlaku. Selitkan tangkai kedalam poket plastik. Jika ianya terlampau panjang, gunakalanlah common sense puan-puan.


Inilah hasil kraftangan puan-puan. Plastic goddess tiga segi.

Lihatlah pula banyaknya ruang dalam tempat khas pastik anda itu? Bijak bukan? Ituah anda domestic goddess yang bijak susun atur.

Impress your friends with your new found skills. Tapi ingat, perbetulkan niyat anda. Jangan takbur dan riyak. Orang riyak nanti jadi orang kenit macam semut masa judgment day. kena stampede dengan semua manusia. Tak cukup dengan itu rugi aje tak dapat good deeds, silap-silap kena campak masuk AnNar. Naudzubillah!
Perbetulkan niyat anda dengan niyat untuk mengajak kawan-kawan semua jadi bijak menyusun atur rumah mereka.
Berita baik untuk puan-puan. Aktiviti ini boleh di lakukan oleh seluruh ahli keluarga terutamanya anak-anak. Janganlah pulak puan paksa suami puan-puan. Kita jangan paksa kekasih kita dalam hal-hal menguruskan rumahtangga. kalau mereka mau membantu, itu adalah bonus bagi kita. Alhamdullilah. May Allah shower him Mercy and May Allah makes them love us more. Tetapi rakan-rakan lelaki yang membaca, Rasullulah s.a.w. selalu tolong isterinya tau. Kalau uoll buat dengan ikhlas, bayangkan berapa banyak deeds yang uoll dapat. Isteri pun happy, Insya Allah. Rumahtangga pun penuh sakinah, Insya Allah.
Anyway, ajaklah anak-anak puan-puan melipat plastik. Ini boleh jadi family bonding. Kalau buat kraftangan biasa nanti buat kumpul habuk dan puan jugak yang kena lap. Kalau tak puan, Andes yang lap. Asik-asik lap habuk ngomelnya. Suruh anak-anak anda lipat plastik. Lihatlah betapa gembiranya anak ini menolong ibunya melipat plastik.

I love you Ibu, kata kanak-kanak ini.Silalah cuba kaedah ini puan-puan. Semoga puan-puan tidak lagi memmpunyai masalah bag plastik yang melimpah ruah.
p/s : Anugerah domestic goddess ini di beri oleh tuan punya badan sendiri. You judge yourself. be honest and true. :D