Wednesday, May 25, 2005

MYKAD DAY

Hari ini aku cuti. Dan hari ini juga aku telah buat hati lover aku happy dan juga hati gomen kita happy, itupun kalo gomen kita ni ada hati dan perasaanlah. Akhirnya setelah sekian lama dipujuk dipaksa oleh lover aku suruh buat MYKAD, aku pun agreelah nak buat hari ini dan memanjangkan cuti over the weekend semalam.

Aku seriously cukup malas nak buat MYKAD ni sebenarnya walaupun dia orang (mereka yang memerintah) sibuk suruh buat. Sebab aku rasa dia orang ni fickle.sekejap nak letak itu, sekejap nak letak ini. Glitches here and there. Gomen kata Malaysians suka procastinate, I really blame the culture on them. Tengok orang yang awal-awal lagi dah buat MYKAD kena buat yang baru sekarang ni.

Anyway aku sampai tadi kat JPN, Plaza Massalam tu dalam 8 pagi. My number was 8077. Lover aku, 8071. The guy said come back at 9:30. Lebih kurang time tule we will be served. Kita orang ambik kesempatan, tukar surat beranak Haziq to yang baru sekarang ni, siap ada nombor IC. Tapi aku taknak buat MYKID yet. I have a feeling the MYKID tu akan kena upgrade nanti. Anyway Zachary dah ada MYKID. Haziq punya surat beranak sekejap aje siap. Then kita orang pi makan kat deret kedai tepi Plaza Massalam.Kat situ ada satu salun ni, Arabic Woman's Treatment Centre ke apa entah nama dia. It's a good place for ladies yang berhijab nak potong rambut ke berdandan and whatever. Anyway we went back and was served around 9:40 macam tule. Masa dia test aku punya cap jari, aku tengok database pasal aku keluar termasuklah gambar IC aku masa umur 12 tahun. Alahai my childhood looks..

We finished sometime atound 10:15. Siap ambik gambar semua. Rakan-rakan, please jangan pakai baju warna cerah. Lover aku pakai baju biru muda. Dia kena pakai coat. Eeeeii aku tak suke kena pakai coat dia orang. Aku rasa eerrr geli? Dan mesti oversized.

Lepas tu, lover aku nak pegi office freelance dia kat Shah Alam nak discuss the seminar thing dia nak buat esok, lusa, tulat dan the next day after tulat.Aku malaslah nak dok aje kat office dia tu, nanti rasa presser pulak dia aku kat situ walaupun I was armed with a book dan pasti akan ignore dia anyway. Heh heh aku baca Animal Farm-George Orwell sekarang. Rasa nak spread Lolliism idealogy pulak.

So aku kata aku tak nak ikut dialah. Aku nak pegi, pegi, errrrrr pegi buat FACIAL. At last. Aku dapat buat facial. Ni semua Batrisyia punya pasal. Semalam dia tengok satu patung Barbie ni. Patung tu ada freckles. Dia kata patung tu macam aku, muka dia ada luka-luka. Ish! Budak ni aku picit-picit hidung dia baru dia tau. Tunggulah Sya, tunggu ko besar nanti, dah puberty nanti, ada jerawat, pastu kena expose dengan matahari, ada pigmentation lah, open pores lah, crow feetlah, laugh lines lah. Don’t come running to ibu tau.

Anyway habis facial at 12. Aku sms lover aku "Dah habis"..dia balas "Tak siap lagi, one hour boleh?" Aku balas balik, "It’s OK. Saya baru jumpa satu kedai baju ni. Ada best buy. So take your time.". Pastu dia jawap, "GULP" Aku rasa lover aku tengah minum air tu…

He he he. Aku beli 2 baju and satu skirt floral-floral. Murah babe. Yippeee! Finally aku jumpa kedai baju plus size dah kurus!!!!

Pastu lover aku datang Plaza Massalam. Approve baju-baju yang aku neli. Makan dan kita orang balik. Sampai rumah Zachary terus tak jadik tidur dengan bibik bila nampak aku. Dia jadik sangat clingy kat aku. Anak-anak aku memang clingy kat aku. Dan aku memang suka dia clingy kat aku.

Ahhhhh that completes my day.

11 comments:

Leen Ash Burn said...

oops which reminds me...I also heben made my MyKad *sighs*. Malas betul.

atiza said...

akunya gambar kuar blur2..good coz doesn't show any pores whatsover. nampak smooth gitiew..

tapik tak nampak lesung pipit la. aku tak puas hati. penat la aku senyum buat2 sampai nampak lesung pipit. mahal tao!

wan said...

mummy repost balik ek. bagus la dah ok semula. tadi mmg gilos jap page ni.

mama tiza ade lesung pipit lah. fiwitt!

lollies said...

well Leen, you have up till december

atiza- ekkk aku tak suka gila gambo2 passport macam ni. Gambo passport aku horror, gambo IC aku horror, basically aku langsung tak fotogenik

wan-atiza ni memang fewitt. and I know you posted some comments the last time. I didn't even get to read them. Bueeeekkkk

atenah said...

phewww u r still here

lollies said...

blogspot dengki kat aku..

CikNi said...

apasal komen cikni tak dek?

oh ya la, yesterday cannot comment

err dah tak ingat dah apa nak komen semalam.........

lollies said...

cik ni..saya sangat geram semalam.

melaine said...

youuu kite pun pergi arabic house tu. ok gakk kite pergi kalau kite dah fening kefala - kite buat steam bath.

Anonymous said...

Excellent, love it! Encad novajet 24 plotter Free ultram information information portable barcode scanner

Anonymous said...

Enjoyed a lot! chubby skier http://www.football-tickets-5.info/Bio-eczema.html Sexy women jogging outfits car tulsa dvd gratis united kingdom guide to refinancing