Monday, March 16, 2009

Are your plastic bags goddessy enough?

Adakah puan-puan menyimpan bag plastik bising?

Jika ya, bagaimakah caranya puan-puan menyimpan beg plastik puan-puan?

Adakah ianya di biarkan merata-rata di rumah anda? Tsk tsk tsk

Atau ianya di simpan dalam satu tempat khas?

Jika ianya di simpan dalam satu tempat khas, tahniah! Anda sudah masuk satu langkah ke taraf domestic goddess. Ianya satu anugerah yang di dambakan oleh rata-rata semua wanita. Walau pun mereka tidak minat kerja rumah, tetapi diam-diam sebenarnya mereka mahukan anugerah ini.

Soalan selanjutnya ialah, jika ianya di simpan dalam satu tempat khas, adakah ianya melimpah ruah seperti gambar ini?

Photobucket


Tsk tsk tsk.

Ianya perlu di perbaikki (<---adaka perkataan ini?) puan-puan.

Tahukah anda jika anda menyusun bag plastik anda dalam keadaan yang teratur, selain dari kelihatan kemas dan langsung membuktikan bahawa anda adalah homemaker yang bijak menyusun atur kediaman anda, anda juga dapat menjimat ruang bekas plastik khas anda itu. Anda dapat menyimpan lagi banyak bag plastik yang boleh anda gunakan sebagai kitar semula samada untuk membuang sampah, atau bungkusan tapau kawan-kawan ataupun untuk membuat bunga plastik hiasan di rumah.

Bagaimanakah caranya?

Senang sahaja puan-puan. Cuma ikut sahaja langkah seperti rajah-rajah di bawah.

Mula-mula tenangkan bag plastik bising anda itu dengan mengurut-urutnya lembut

Photobucket

Nota kaki: Tidak perlu memakai sarung tangan hitam semasa proses urutan tersebut. Sarung tangan adalah sekadar gambar hiasan sahaja

Setelah bag plastic anda tenang, bahagikan plastic itu kepada tiga bahagian dengan melipatkannya seperti dalam gambarajah. Kalau tak pasti, sila gunakan ruler yang berukuran 30cm. Jika lebar plastik itu ialah 18 cm, ambik pula calculator dan bahagikan 18 dengan 3. Untuk memudahkan anda, saya akan tolong bahagikan untuk anda, 18 bahagi 3 jawabannya 6. maka setiap lipatan mestilah berukuran 6cm tepat. Ulangi proses ini sampai mendapat ukuran yang tepat.

PhotobucketPhotobucket


Seterusnya ialah proses mentigasegikan plastik. Kita mula dari bahagian plastik yang tidak bertangkai. Lipatkan bucu plastik itu menjadi rupa tiga segi. Teruskan lipatan mengikut garisan tiga segi yang paling hampir ke plastik yang tidak berlipat. Ini adalah satu proses yang paling mengasyikkan dalam banyak-banyak proses penggodessan bag plastic ini. Maka nasihat saya enjoy while it lasts.

PhotobucketPhotobucket


Teruskan lipatan sampai ke hujung bag plastic yang bertangkai. Proses mengemaskan tangkai ini memerlukan keprihatinan. Panjang tangkai yang tertinggal hendaklah berkesusaian dengan kedalaman poket plastik. Poket plastik ini terjadi semasa proses lipatan itu berlaku. Selitkan tangkai kedalam poket plastik. Jika ianya terlampau panjang, gunakalanlah common sense puan-puan.

PhotobucketPhotobucket


Inilah hasil kraftangan puan-puan. Plastic goddess tiga segi.

Photobucket


Lihatlah pula banyaknya ruang dalam tempat khas pastik anda itu? Bijak bukan? Ituah anda domestic goddess yang bijak susun atur.

general


Impress your friends with your new found skills. Tapi ingat, perbetulkan niyat anda. Jangan takbur dan riyak. Orang riyak nanti jadi orang kenit macam semut masa judgment day. kena stampede dengan semua manusia. Tak cukup dengan itu rugi aje tak dapat good deeds, silap-silap kena campak masuk AnNar. Naudzubillah!

Perbetulkan niyat anda dengan niyat untuk mengajak kawan-kawan semua jadi bijak menyusun atur rumah mereka.

Berita baik untuk puan-puan. Aktiviti ini boleh di lakukan oleh seluruh ahli keluarga terutamanya anak-anak. Janganlah pulak puan paksa suami puan-puan. Kita jangan paksa kekasih kita dalam hal-hal menguruskan rumahtangga. kalau mereka mau membantu, itu adalah bonus bagi kita. Alhamdullilah. May Allah shower him Mercy and May Allah makes them love us more. Tetapi rakan-rakan lelaki yang membaca, Rasullulah s.a.w. selalu tolong isterinya tau. Kalau uoll buat dengan ikhlas, bayangkan berapa banyak deeds yang uoll dapat. Isteri pun happy, Insya Allah. Rumahtangga pun penuh sakinah, Insya Allah.

Anyway, ajaklah anak-anak puan-puan melipat plastik. Ini boleh jadi family bonding. Kalau buat kraftangan biasa nanti buat kumpul habuk dan puan jugak yang kena lap. Kalau tak puan, Andes yang lap. Asik-asik lap habuk ngomelnya. Suruh anak-anak anda lipat plastik. Lihatlah betapa gembiranya anak ini menolong ibunya melipat plastik.

haziq
I love you Ibu, kata kanak-kanak ini.


Silalah cuba kaedah ini puan-puan. Semoga puan-puan tidak lagi memmpunyai masalah bag plastik yang melimpah ruah.

p/s : Anugerah domestic goddess ini di beri oleh tuan punya badan sendiri. You judge yourself. be honest and true. :D

23 comments:

Anonymous said...

hahahah!!

kak lollies!!
tergelak2 saya baca entry ni..
saya pun lipat plastik bag pasal dari kecik ayah saya mmg lipat plastik bag.. haha :D

tapi kan saya lipat 4 segi je.. dan di letak dlm kotak kecik dan kotak kecik diletak dlm kitchen cabinet.. heheh :D

hehe.. nice entry!!

Zaitul said...

hehehehe....sgt kelakar...
eh...my arwah nenek taught me to lipat plastics like that too....tp cucu dia nihhh....sdkt malas (tp berangan nk jd domestic goddess spt awak lollies)....tk mengapa...selepas ini....saya nak try la wat cmni....thanks for the tips and for reminding me of this clever method... ;)

butterflutter said...

He..he..he rajin nya mak cik lollies ya. I ni kalau terlebih masa, lipat le jugak but square je lah tapi kalau takde masa tu sumbat jgn tak sumbat.

Lollies said...

anon - wait seminit..did you say your ayah has been doing it all these while? Masya Allah. Barakallahufihu!

Awak menyimpan dalam kotak khas di dalam kabinet? Hebat! hebat! Adakah kotak kecil awak itu di hiasi dengan bunga macam ala ala laura ashley?

ibu haziq - hahahahahha. Ya selepas awak gosok baju, gantung baju, lipat baju dan simpan baju dalam gobok silalah pula melipat plastik. oh what fun. *roll eyes* tapi selalunya saya lipat lepas pergi groceries.

bf - hahahhaha. sumbat jangan tak sumbat.

Anonymous said...

:) hehehe, ni dah kes buruh paksa ke child labour, langgar piagam unesco. kekekeke.

Anonymous said...

Dulu masa ada maid rajin gak saya melipat (4 je la + masuk drawer), tp lepas tuh dah malas so dia melimpah ruah skang. Nak start lipat balik tp baju2 nak kena gosok lebih memerlukan attention. Anak2 pun belum cukup pandai nak tolong. :-D Am trying to be more environmental-friendly by using the recycleable bags like from Carrefour (dah beli before boycott so kita gunakan beg dia je :-)) + Lulu. Would stop flooding my store with those plastic bags too! :-)

Lollies said...

1bloghopper - hahahahha. nangislah macamana pun akan saya paksa dia. hahahah

diana - baju gosok..adus sungguh tak tahan. teringat masa kat uk dulu plastic bag kena charge 3p each (kot?). memang masa tu betul2 reuse the plastic bags. siap bawak rucksack besar to fill up the things.

anak2 boleh tolong benda lain yang senang. macam lap habuk kat pintu and other places reachable yang tak memerlukan detail macam meja. tapi as you can see my house hahahha langsung tak ada ciri kegoddessan.

Diah said...

Andes?? hahahaha... nama maid gratblue bukan?? qiqiqi... good tips nanti diah coba.. :) thx lollies.. :*

zan said...

har har har!!!

"gunakan common sense, puan2" itu yg tak tahan tu..kah kah kah..

btw, maid i lipat 4 segi, i tak lipat..sah2 tak sampai tahap goddess lagi :P

look at Haziq's face, you nie mmg suka buli anak2 hahah...

Ir. Hanafi Ali said...

Ini bukan kira child labor ke?

Anonymous said...

ahhahaha ko giler!

ini adalah satu contoh penderaan kanak2.

aku tak lipat tapi aku simpul. Kurang goddess sikit la. Lagi satu.. nowadays sudah kurang plastic kerana aku pembeli berhemah yang menggunakan beg kitar semula. heh heh heh

Tini menyampah dgn aku sebab dia tak cukup plastic nak buat plastic sampah.

Anonymous said...

ahhahaha ko giler!

ini adalah satu contoh penderaan kanak2.

aku tak lipat tapi aku simpul. Kurang goddess sikit la. Lagi satu.. nowadays sudah kurang plastic kerana aku pembeli berhemah yang menggunakan beg kitar semula. heh heh heh

Tini menyampah dgn aku sebab dia tak cukup plastic nak buat plastic sampah.

Lollies said...

diah - ya benar. si gart tu suka dera sama maidnya. hahahahha (err you guys no its not kan? its actually gart yang kena dera)

zan - hahahah. common sense...hahahha. ya puan-puan ada sesetengah benda saya tak perlu spell it out tau. saya letih. kah kah kah

i look at back at his picture and i laughed tak kasi can.

hansac - boleh juga di kira begitu. sayalah diktator terbaru! mungkin juga ada cita2 untuk meluaskan mepayar seperti awak. tapi lepas saya file kuku saya lah.

rotidua - sebab itu saya ada escape clause di line paling atas. adakah anda penyimpan plastik bising? saya salute kerana puan pengguna yang berhemah dan mengambil berat tentang alam sekitar.

tapi puan saya juga suka idea puan tentang simpul simpul ini. sila letak hasil kraftangan puan dan kita katalogkan. together we can change the world of plastics.

Anonymous said...

oooh makna nyer saya dah lama la dpt anugerah domestic goddess...hahaha...saya melipat plastik sebegini sudah melebihi sepuluh tahun...hahhahhaaa... :)Tak percaya sila la tanya suami dan kawan kawan saya. koikiokiokio...

mosh said...

I've read this yesterday tapi tak comment sebab ingat nak balik rumah tengok. Opis ni sepert biasa block gambau from baldifoto so macam clueless je baca komen. Tapi lupa pulak malam tadi isk.

dey, perbaiki satu k je la manade 2.

Lollies said...

dilla - you kan memang domestic goddess and dah da[at award minah kat desperate housewives tu. apa nama dia? bree? Ahh itu adalah award tertinggi for a domestic goddess. Hail dilla! Hail dilla! Hail dilla! :D

mosh - hahahahhahah. orang tak leh tengok gambar itu yang kena betulkan spelling orang tu. :P
Now the bigger questions from me to you..how do you treat your plastic bags (if any) in your house?
eh baldiphoto aje ke? kalau lain ok?

Anonymous said...

hahah :D

best betul entry ni dgn komen2 semua best!!

Iye... ayah saya mmg suka lipat plastik bags dan susun dlm bakul.

Kotak tmpt saya menyimpan plastik bag tidak ada bunga2 kecil seperti laura ashley hahahah :D

hehhe :D

Lollies said...

Oh suka saya untuk menambah jika anda ada menggunakan khidmat pembantu rumah gunalah guideline ini sebagai salah satu instruction untuk mereka. jika mereka tak membuatnya lagi that is. Jangan asik tengok sinatron (is there such a thing?) aje.

Lollies said...

anon - beritau saya adakah ilmu ini sangat berguna untuk anda? beritau semua berapa banyak ruang yang telah anda jimat? adakah ianya membuat anda lebih bangga dengan karier anda sebagai homemaker?

ni nak masuk dalam sinopsis promosi ni

mosh said...

yeay! finally i can see the photos! i have 2 questions before answering your question:

1- kalau ruang tempat plastic yang ada tu jugak telah melimpah-ruah, apakah tindakan bijak selanjutnya oleh domestic goddess(es)?

2- terkezut tengok black glove tu. is that to cover up the keayuan of your hands protected from the burning qatari sun while driving or to cover up tangan kuning sebab lepas marinate ayam dengan kunyit?

and to answer your question, when i had to do it myself, my space saving technique was simple enough that it would not need an entry to describe. just try to create a world record by squeezing as many bags as possible, freestyle, into one bag. and as for the ruang khas, have plenty of space for them. Do you know that they are very good as fillers for the annoying voids and to make sure those caca merba arrangement of everything stays in one place and will not move at the slightest hint of physical touches?

Anonymous said...

kekekkek...aku pun wat 3 segi gak....sebijik u hehehheh...

gelak sorang2 aku baca ko nye nih...tambah2 tgk muka Haziq tu aduh...nasib baik anak2 dara aku pun suka tolong lipat plastik nih gak...cumanya lately ni semua org malas nak melipat dah hehehhe....

Anonymous said...

hahahahaha

tak abis gelak lagi

hahahahaha

sesungguhnya anda domestic goddess. i only go as far as lipat empat.

Whitelab Maira said...

Gud IDEA!