Saturday, November 26, 2005

Pot Luck Disaster

Sesuatu pot luck boleh jadi disaster kalau orang tak ikut kata organiser atau ada orang bawak yang jauh lebih sedap dari apa yang aku masak. Huwaaaaa.

Hari ini ada pot luck kat opis aku. Soma dah ditugaskan bawak ikut main dish. Aku bawak nasi minyak. Ada bawak kari kambing, acar nenas and biasalah nasi impit and the whole gang bank, tukang buat air exotic tanpa alkohol, bawak buah grape tanpa biji, puding buat sendiri, sambal buat sendiri. Pendek kata syaratnya buat sendiri.



Tapi ada pulak makcik baru ni yang bila orang tanya nak bawak apa rahsia, rahsia. Tak nak kasi tau apa dia mau bawak. Tau tak apa dia bawak? Dia pi cater nasi arab apa entah yang ada campur daging, satu set lagi campur ayam, cater kari udang, paceri, acar. Tapai pun dia cater. Dia tau tak aku dah cop nasi??!!!!



Macam ni, dia ajele bawak semua. Cater habis. Tak payah buat pot luck.

Sekarang nasi aku dah berlebih-lebih. Sapa nak habiskan? Bungkus bawak balik? Sedih aku tau. Plus aku ada berlambak-lambak open house hari ni. Sapa yang nak makan tu?

Pas tu, korang pun tau aku tak geti masakkan? Penat aku masak malam semalam. Macamana aku nak compete dengan nasi arab yang banyak haiwan terselit-selit celah nasi tu!!!!

33 comments:

easylady said...

La..kesian you lollie.Bawa bersabar.Bungkuskan satu-2, kasi semua orang bawa balik tapau..
Makcik baruni banyak luit kot.Or nak ambil hati staff kat situ. Tapi agaknya tersilap pulak..

shidah said...

lollies: tak terkata aku. orang pot luck pakat2. dah kalau main rahsia2, semua dok plan bawak junk food je... tak ke haru.

Sunflora said...

Laaa cian Lollie. Banyak ke anda masak? Mintak skit

lollies said...

easylady - tengah sabar ni. geram sabar geram sabar. actually,pasal i geram I ada gaakap sikit. yang dah biasa diam ajele yang makcik tu pun diam ajele.

shidah - aku kalo tau, baik aku pilih bawak jeli sumi manis aje. tak ada teamwork spirit langsung.

sunflora - banyaklah jugak. sian saya

nusayba said...

alalalaallalalallala

cian nya lollies.

mebe orang tu tak reti lagi kot konsep pot luck nieh. alalalala. senyum skit.

you got kismis dalam nasi minyak tu ape. kan sedap tu (bodek la ni).

rotidua said...

betulke pot luck means 'masak sendiri'? habih kenapa kiter selalu kene bawak buah jer kalau ade pot luck?

sungguh melampau la perahsia tu. (tapi kalau kiter pun, mesti la kiter melantak nasi arab dpd nasi mnyak yg koman tuh ahahahhah)

lollies said...

nusayba - temikacih pujuk shaya. shaya shangat berbesar hati

rotidua - laa buah tu cita lainlah.(selalunya orang yang bawak buah tu memang kes pemalas masak :-P) oklah catering is not a problemlah kalau pot luck tapi biarlah berpada. dia punya catering tu cukup untuk 30 orang. orang lain masak sendiri tau. nasi aku sendiri habis 5 pot. buang masa dan tenaga aku aje. koman nasi minyak aku pun at least personalised. Semua peluh ketiak aku masuk. lagi sedap lah dari kedai mamak atau siapa punya ketiak yang dia beli tu. Aku ralat sebab nasi banyak habis. Habis beras aje. Beras tu aku boleh pakai untuk 2 minggu lagi aku stay kat malaysia ni.

Nekbat said...

Kenapa tak hantar rumah saya nasik tu, tentu saya akan makan sampai menjilat jari. Apa sangat la haiwan-haiwan yang bersembunyi disebalik nasik arab tu. Saya pasti nasik adik manis lagi best.

ninuk said...

eee lollies - grape tanpa biji buat sendiri - tu cam ne tu ? kira kena tanam sendiri gitu ?

Trust said...

Memo to self: Lollies kuat berpeluh ketiak.

Lollies said...

nekbat - errr sebenarnya kan saya tak makan langsung nasi arab tu. saya tensi, so by default nasi minyak saya lagi sedap

ninuk - oh itu beli saja kat supermarket

trust - dan ambil lagi nota tambahan, peluh ketiak saya masin-masin manis. sedap rasanya. :-P awak ni apasal padam komen orang eh? and bila nak update?

lion3ss said...

Patut awak cakap saya yang malas masak ini supaya ambik nasi minyak lebih tu.

Lollies said...

hah ada juga yang sudi dengan nasi minyak tu ya

bertique said...

hek eleh ..

dah masak byk tuh tapau la sket .. kalau u masak, i mesti mkn punya .. tak kira la kurang sedap ker apa .. i rasa u masak sedap jek ..

esok2 belajar la masak nasi arab - american .. lawan makcik tuh, letak steak, kentang goreng, kentang putar .. rempah beryani campur ngan nasi .. kalau nak sedap campur skali ngan salad :P

belum pernah org buat tuh ..

BUEK!

OneEE said...

aisey...rahsia2 ni yang den tak gomar ni....

siann LoLlies..belom basi ke nasik minyak you tu? ha! bak sini, mintak sikit..

onde

Lollies said...

betik - saya masak sedap tau mana ada kurang-kurang

onde- alaaa..dah lama dah..dah tak da pun

famygirl said...

siapa gerangan makcik tu? gartblue ke?? hee hee hee. just kidding, seronok nak sakat gart (jangan marah gart, nanti lekas tua)

sian you. tak pe lah. next time punya gathering kan, sure makcik tu pening kepala, sebab sure orang put high expectations on apa dia patut bawak, sebab dia set standards tinggi sangat. time tu you boleh muaaahahahaha.

atrco said...

kalau aku jadi kau, aku amik periuk nasik yang berlebih tu, hempas atas kepala dia.

"Nahh...ambik ni rahsia"

Lollies said...

famy - bukan..ada makcik yang baru tapi makciklah, bukan anak muda.

artco - hmmm nasib baik saya perlu jaga repo sebagai gadis ayu lagi pemalu. kalau tak nak jugak i buaty

zan said...

hahah...keciannya dia...kenapa you tak sorokkan nasi dia bawah meja ker atau kat mana2, kasik your nasi habis dulu heheh...

Lollies said...

nasi dia dalam bekas besi tu. nampak tak kat gambar tu..yang besar tu.

CikNi said...

susah aku nak komen, pot luck tu suppose untuk berapa orang? bukan ke kita kena bawak sikit2 aje supaya dapat lah merasa serba sedikit makanan yang orang lain pun bawa sorang sikit

hari tu masa opis aku buat pot luck, aku pun beli gak, manalah aku reti masak macam mu lollies vogue, nasi minyak u...... ahaks

elisataufik said...

Lain kali jangan ajak dia dah...!!
Ataupun lain kali, cakap kat dia suruh buat lagi, and you guys tak yah bawak apa2..

p/s err so boleh request nasi minyak for our gathering ke?? *wink* eh tapi I nak request murtabak lah actually..

Lollies said...

cik ni - itulah dia. tak faham betullah. pot luck tu utk 30 orang. I bawak nasi kira cukuplah budget. ada bawak nasi impit, and other stuff. dia punya aje dah kira cover habis

elisa - i tak sempat pergilah. I fly on the 12th. eh actually murtabak sounds nice kan?

elle said...

ciannya kak lollies...dah ler penat2 masak..blasah jer makcik tuh..ehehe..just joking..x pe la kak, next year no more pot luck lagi since you're goin away kan..;-)

Lollies said...

benar. i dah merajuk. heh heh.

JoKontan said...

lollies,

cian ngko.

Ada lagi ker? Aku part-part cam ni jadi Bandaraya laa.

Semua mender yang tak habis tuu aku laa yang tukang sapunya :))

Lollies said...

mana you jokontan hari tu?

Trust said...

Errrr.... Saje je. Sakit hati ke komen kena padam? Nanti emo lagi nanti.

Trust said...

emo tu sama dengan eye-mo ke? Boleh pakai kat celah ketiak ke?

Lollies said...

hansac, awat you komen pasal emo tu kat entry lain.

tak, tak sakit hati cuma errr significantnya komen I sampai kena padam.:-P

Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read »

Anonymous said...

What a great site film editing schools