Wednesday, January 23, 2008

Musim Panas, Musim Sejuk

Photobucket


Aku dah merasa musim panas yang panas disini. Aku juga dah merasa musim sejuk yang sedap-sedap disini. Kalau suhu menunjukkan 50C di kawasan bandar, di padang pasir suhunya lebih panas dari itu. Dan kalau suhu musim sejuk ialah 8C, percayalah di padang pasir dengan angin dan kawasan terbukanya, suhunya jauh lebih rendah.

Orang arab pada kala dahulu, menggunakan keadaan cuaca ini to their advantage. Dikala musim panas terik, mereka pergi berniaga di kawasan utara yaani AshShams dan Gaza sehingga ke Iraq dan Persia. AshShams tu kalau kawan-kawan nak tau ialah Syria, ibu negerinya Damascus. Di kawasan ini, musim panasnya pleasant sekali. Dari observation akulah rasanya mungkin mereka berniaga barangan kulit dan barangan jahitan. Sebab menurut member aku yang dah pergi Syria, barang-barang kulit murah kat sana. Aku sendiri pulak beli barangan kain yang banyak dari Syria. Dan mungkin juga buah-buahan yang enak dari kawasan Gaza. Tapi dulu tak ada fridge, so mungkin bayak barangan kering dan barangan peram.

Di kala musim sejuk pulak, mereka berangkat ke negara selatan. Dari pembacaan aku masa nak pergi Oman dulu, kawasan selatan ini mengalami suhu tropika masa musim sejuk. Air banyak sekali. Wadi-wadi dilimpahi air sampai ada yang ada air terjun. Sebab itulah aku tak pergi Salalah dulu. Ada rezeki aku nak pergi masa musim panas.

Orang Arab ni berniaga sampai ke Yemen hingga ke AlHabshah. habshah ialah Eithopia sekarang. Mungkin mereka berjual-beli spices, frankincense yang nilainya bagai emas waktu dulu. Lagi buah-buahan, barangan emas dan perak.

Who gave the Quraysh their talents for the arts
Of peace, for trade and commerce, and for journeys
South and north at proper season
And made their home inviolable in Makkah?
Surely they, if any, should adore their Lord
And listen to His Message of Unity and Truth

Dari surah Quraish 106: 1-4

In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful

(Its a great grace from Allah) for the protection of the Quraish, (And with all those Allah's grace and protections.
We cause the (Quraish) caravans to set forth safe in winter (to the south) and in summer (to the north without any fear).
So let the worship (Allah) the lord of this House (the Kaabah in Makkah), (
He) Who has fed them against hunger, and has made them safe from fear.


Masa zaman dulu dengan keadaan tak selamat di kawasan Peninsula Arab, tribal war sana sini, penghormatan sebagai penjaga Makkah menyebabkan Kaum Quraish mendapat perjanjian keselamatan oleh negara lain seperti Syria, Persia dan Yemen.

Nabi Muhammad S.A.W pun seringkali mengambil upah mengikut ekspedisi ini. Nabi Muhammad S.A.W sangat terkenal dengan sifat kejujuran sepanjang baginda berniaga. Baginda di gelar Al-Amin (the trust worthy - the honest, the truthful).

Sebelum kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. lagi, Makkah menjadi titik pertemuan penting bagi ekspedisi-ekspedisi berniaga ke utara selatan ini. Selain dari berniaga dia orang ni juga perform pilgrimage di situ. Walaupun mungkin kebanyakannya ialah pagans.

Ada juga orang jeles tau dengan kehebatan dan majunya Makkah ini. nak nak Abrahah, Raja Yemen. Yemen pun masa tu tak kurang hebatnya. Abrahah dah buat satu gereja besar kat Sanna, ibu negara Yemen. Siap ada gold gold segala, nak suruh orang beribadat kat situ. Nampaknya tak berapa menjadi. Atas peristiwa orang Arab Quraish telah membakar gereja itu, Abrahah pun cari canlah nak hancurkan Kaabah.

Di kumpulnya segala gajah. Entah mana dia dapat gajah ni, sebab peninsula Arab mana ada gajah. Most likely dia ambik dari Afrika. Semangat sungguh. Tapi macam kawan-kawan semua tau, these armies of elephants were destroyed. hancur terbakar dek balingan batu oleh sekumpulan burung.

Al-Feel (the Elephant)

In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful

Have you not seen how your Lord dealt with the people of the Elephant?
Did he not render their treacherous plan futile?
He let loose against them flights of birds
Which pelted them with stone of Baked clay
Thus he made them like chewed dry Grass.


Allah lagi hebat! Teringat doa Nabi Ibrahim, agar Makkah di jaga kemakmurannya.

Masa Nabi Muhammad S.A.W mula mengembangkan ajaran Islam di Makkah, orang-orang Quraish tension betul. Bukan sahaja ajaran Nabi Muhammad ini bakal merosakkan tradisi nenek moyang dia orang, tapi anggapan mereka juga, habislah bisnes di Makkah ni. Masa tu banyak berhala di Kaabah. Dan orang buat pilgrimage sambil berniaga. kalau semua dah sembah mengikut ajaran Nabi Muhammad S.A.W., macamana dengan berhaka-berhala ni semua? Dan juga kalau Nabi Muhammad S.A.W. semakin kuat pengaruhnya, anggapan mereka, hilanglah kuasa mereka di Makkah tu nanti.

Masa dia orang tau Nabi Muhammad nak berhijrah ke Madinah, atau dalam buku sejarah kita dulu tulis Yathrib, pun dia orang risau gak. As much as they want to get rid of nabi Mohammad S.A.W, tapi penghijrahan bermakna lebih luas lagi pengaruh Islam. Kita perlu ingat, culture Arab, siapa kuat pengaruh dialah raja. Macam-macam jalan mereka nak halang Nabi Mohammad S.A.W. dari keluar dari Makkah.

Tapi Allah itu amat berkuasa.

Kalau semua nak tau, orang Arab suka tidur tengahari sampai ke petang. Jadi walau di kepungnya rumah Nabi Muhammad S.A.W, Nabi di ilhamkan untuk keluar bolos waktu ini. Kuasa Allah juga, dia orang ni tidur tak sedar diri.

Nabi Muhammad S.A.W dan Saidina Abu Bakar ambik jalan jauh pergi ke Yathrib. Instead of the normal trade route yang jauh lebih mudah, mereka ambik coastal road. yang bergunung-ganang dan jauh pulak tu. Subhanallah. Macam-macam cara orang Mushrikin ni nak buat, Allah tetap melindungi Nabi.

Lagi satu benda yang orang Quraish ni bosan gila Nabi Muhammad pergi Madinah Al Munawarah ni sebab Madinah ni ialah titik utama trade route ke utara. Nak pergi ke utara kena lalu Madinah.

Banyak juga perang kecil selepas Nabi Muhammad S.A.W. berhijrah ke Madinah. Tapi perang besar yang pertama ialah Badr. Perang ni start sebab orang Quraish telah merampas harta orang Muslim yang mereka tinggalkan di Mekah. Mereka menjualnya di utara as a sign of mockery. Menurut buku "The ATlas of the Quran", the muslims left AlMadinah to intercept a caravan that was led by Abu Sufyan. meanwhile another group of Quraish left Makkah to intercept the muslims. This resulted in the Great battle of Badr.

And Allah has already made you victorious at Badr, when you were a weak little force. So fear Allah that you may be grateful. (Quran 3:123)

Perang ni penting sebab kaum Muslimin mendapat kehormatan as a military force dari penduduk Arab. Pastu orang Quraish mendapat pukulan teruk dari perang ini. Bukan sahaja dari segi kewangan dan nyawa, tapi dari segi morale.

Walaupun makin ramai yang menganut Islam selepas itu setelah mendapati kehalusan Islam dan juga akhlaq nabi dan para sahabat yang tinggi, tetapi masih ada lagi desas desus antara orang Arab ni yang mengatakan bahawa sekiranya Nabi Mohammad adalah benar pesuruh Allah, sudah tentu dia dapat menawan Makkah.

Mari kita refer Surah Al Nasr (kemenangan).



In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful

When comes the help of Allah and the Conquest (of Makkah),
And You see the people enter Islam in Crowds,
So glorify the Praises of your Lord, and ask for His forgiveness.
Verily He is the One Who accepts the repentance and forgives. [An-Nasr: 1-3]


Sedihlah kalau baca surah ni. Surah ni diturunkan masa Nabi Muhammad S.A.W beri khutbah terakhir. Dengan turunnya surah ini Nabi Mohammad S.A.W. tau his time is nearing. It was indeed the pinnacle of a whole host of events and it was one which crowned the end of the prophetic mission which sought with great struggle and endurance to make the message of Allah dominant.

Eh melalut pulak story. Dari cerita musim panas musim sejuk dah jauh pulak saya.

Saya mintak ampun jika ada fakta yang salah. Yalah, yang buruk dan tak elok, semuanya dari saya. Yang baik, semuanya dari Allah jua.

9 comments:

Kissman said...

bagusnye tulisan cik puan lollies ni. Eh nak ucap banyak2 tima kasih bagi kita kad raya, kami cadangkan kat blog ni, buat satu section untuk belajar bahasa arab, tak perlu banyak, satu minggu satu word ke. Ambik la word tu dari theme yang ada dalam quran, macam dalam surah ya sin ada word 'mubin' or sth like that yang selalu ulang2 tu, boleh la research pasal word tu and tulis kat sini. Begitulah cadangan saya.

Menarik kan, Makkah dari tempat yang takde apa2 masa tu, boleh timbul satu civilazation macam cordoba tu, sedangkan at the time, center of the world is at Rome (Byzentine) and Persia; macam US & Europe la ni

Lollies said...

oooohh dapat pun kad raya. ingat tak dapat. he he

alaa pakcik kita ni baru aje belajar bahasa arab. tapi memang kita ada cadang nak buat camtu. buat masa ni kita tak buatlah setiap minggu ke apa. kita ingat kita nak buat when a good word comes. hari tu kita dah buat satu word iatu SIL maksudnya connect.

tulah memang dasat. walhalnya makkah tu kering kontang tak ada apa. penduduk pun dalam 10000 orang je gitu.

Anonymous said...

Lollies dear

Just wanted to say hi. Lama dah tak bercerita, amatlah sibok both at office and at home.

Love and hugs to the kids,

I DO

Unknown said...

masha al hair (Good Day)..lollies

Ana setuju sgt ngn cadangan man bucit tu.ana pun nyesal sbb tak brp tau sgt bahasa arab ni..ada gak blajar sikit2 coz my girls pun belajar kt taska dulu..

alil alqai qariba..(see u soon)

Anonymous said...

Sangat menarik sekali..TQ
Liyas

Mulan said...

thanx for sharing dear..

aparaaa dulu i tido masa arabic class kat secondary school?

Earthmom said...

Very interesting entry. Well done!

Lollies said...

I do - hi I do. sebok ya sekarang? kids are ok. How is aisyah's schoolong?

een - wow! itu pun dah terer tu. I lagilah limited vocabs

liyas - he he thanks

mulan - i pun elajar dulu. tapi apa entah i belajar. i hated the teachers. what a shame

earthmom - thank you thank you

Unknown said...

:-) informative!
suka saya baca - dan for a change, i understood history. Thanks.

idham