Kat Kedai Dunkin' Donut Sg. Besi
Masa nak balik kampung hari tu, aku singgah dulu kat kedai Dunkin' Donut Sg. Besi sebab nak makan donut dalam kereta. Aku beli dua Choc Frost sebab Haziq suka yang ni, tiga Bavarian Creme, one for me, one for my lover and the other one for Sya. Pasal aku beli lima dapatlah free satu. Aku ambik Sugar Raised. Lepas tu beli pulak air Choco Malt without ice. Aku memang tak suka ais.
Anyway total harga dia aku tak ingat tapik ada lah yang hujung tu RMXX.08. Aku kasik mamat cashier tu duit bernombor bulat. Dia pun proceedlah tekan-tekan kat cashier till dia and nak pulangkan duit. Lepas tu aku taulah mesti dia tak ada duit satu sen satu sen. Dia bukak wallet dia, tanya kekawan dia. Soma tak ada. Lepas tu dia bukak balik till dia nak kasik duit kat aku. Presumably 5 sen or 10 sen.
Pasal aku tengok effort dia nak carik gak duit untuk aku, aku pun cakaplah kat dia.
Tak ada duit satu sen ya?
Tak ada kak. (sekarang ni soma orang kat cashier till panggil aku akak)
Kalau gitu tak apalah dik. Lain kali banyakkan lagi stok satu sen tu ok
Terimakasih kak.
Aku ikhlas halalkan duit 2 sen tu kat dia.
Kat Kedai Buku Sri Tanjong kat Muar
Aku beli Pizza Hut take away kat Muar hari ni sebab kat Muar tak ada Domino's. So sementara tunggu tu aku cakap kat Cinta aku, aku nak gi kedai buku kat sebelah.
So aku pun round-roundlah dalam kedai tu. Ada buku budak-budak Ladybird. AKu pun belilah dua. Satu untuk Haziq - The Ghost House - Marie Birkinshaw and satu untuk Sya -My mum is Mad-Lorraine Horsley.
Total harga dia pun aku tak ingat. Tapik something macam ni lah RMXX.03. AKu kasik duit bernombor bulat lagi. Aku takda duit satu sen masa tu. Minah cashier tu pulak sekonyong-konyongnya beri aku balance tak cukup 7 sen. Aku memang dah anticipate dia memang takkan bagi aku duit 7 sen. Tapik aku nak tengok approach dia masa nak kasik aku balance.
Dia kasik aku duit, koyak receipt kat till dia tu. Lepas tu proceed tu berborak dengan member dia yang dari tadi dok bubuh label harga kat buku-buku yang tak ada label harga.
Aku pun dengan suara yang ada sikit stern dan semi professional tanya lah dia
Balance ni tak cukup. Betul tak?
Apa dia? Ah memanglah tak cukup. Kita orang tak ada duit satu sen.
So? Kenapa tak cakap? At least apologise.
Habis dah tak ada akak nak suruh saya buat apa? (Pun orang panggil akak kat sini.)
Sila kasik saya 5 sen. Tak ada 5 sen, kasik saya 10 sen. Tak ada juga..20 sen. Nak saya sambung lagi ke?
Dengan muka yang sangat masam dia kasi aku duit 10 sen.
Bagus! Thank You very much.
Petang tadi aku memang dalam mood nak buat cekadaklah. (aku bukan PMS ok..aku memang macam ni kekadang tak yah nak tunggu syndrome tu). Tak kesahlah aku tengah dukung Zachary ke apa. So aku carik manager dia.
Nasib baik tak ada. Makan pulak apek ni.
Aku bukan nak marah ke apa. Tapik aku rasa perlu bagi aku sebagai rakyat yang bertanggung jawab dan prihatin give one word or two on ethics membayar balik duit balance yang involve kan duit satu sen. Janagn nak rip off duit orang aje kerja.
******
Lagi satu apasal masyarakat Malaysia ni tak nak value kan duit satu sen ni? Nak manufacture sekeping duit satu sen tu pun lagi mahal dari satu sen. Orang buat tak tau aje duit tu. Pasal kita tak herankan duit ni, any kenaikan harga kita gak kena balik. Kalau naik harga tepung 10 sen sekilo..harga roti canai pun naik 10 sen sekeping. Sekeping roti canai tu tak sampai pun sekilo tepung. Serupa jugak bila gula ke, ayam ke, sayur ke naik harga, benda lain pun naik harga tanpa menggunakan formula berkadar terus.
Imagine bila dia orang naikkan harga tepung, mamak tu naikkan harga roti canai in the pretext "harga barang naiklah", dia actually dah buat untung tak kasik can. Basically naik aje harga barang asas adalah peluang bagi tokei kedai untuk naikkan lagi profit margin. Tapik pasal kita rasa naik 10 sen teh tarik tu is affordable, kita pun don't mind. Nak boikot-boikot leceh pulak. Kan tak merasa pulak minum teh tarik kat kedai Raju tu.
Tambang bas kat UK menggunakan duit 1p dan 2p sepenuhnya. Jadik rate kenaikan harga dan impact kat customer taklah teruk sangat. Barulah namanya tidak membebankan pengguna. Regardlesslah ada orang kata rate segala-galanya di Malaysia adalah lebih murah berbanding dengan negara lain. Harga minyak kat Malaysia ni masih murah, tambang kapalterbang murah, tol pun murah bila compare dengan negara orang lain. Pernah tak kita compare the buying power negara lain dengan kita?
Kita tidak akan membebankan para pengguna, my foot!
Apa-apa pun tolong pulangkan duit satu sen saya ya.
The Rights of Allah and Etiquette with Allah
9 years ago
13 comments:
penah kene cam kak loli ni dulu2. now tuka polisi blah bodo kalau baki below 5 cents.
dusyum...kena sebijik dengan akak. dulu boleh la akak2 baik je, skrang ni punya akak jgn pray2 :)
jangan Wan - fight for your rights sebab dia orang dah banyak untuk woo..
Che Ngah - Psstt mamat tu hensem gak. Shhh jangan bagi tau lover I tau. Kat UK amacam?
Tenah - Geram akak tau..
i couldnt agree more ..kadang2 dia expect kita tak berkira dua tiga sen, tapi bila dia expect dua tiga sen ngan kita...dia berkira pulak.
satu sen pun, kalau kumpul2 banyak-banyak beribu2 lemon gak jadiknye
masa study dulu aku naik bas gie skolah (masa pregnantkan fadhli), bus fare 50p. Aku bayar ngan 1p/2p kesemuanya..tak kena marah pun. Paling tidak, kena geleng2 kepala..
aku rasa kalo kau tak pms pun, pms in the horizon, innit?
Paul - We, the customers musti musti push the value of 1 sen
atiza laling - ko ni memang Al-pandai
betul la, ada some cashier tu pandai say sorry - dengan buat muka seposen lagi.... tak berkira la aku. tapi kalau cashier macam kau ckp ni, mahu tak naik angin?
naik angin..musti naik angin..
Cayalah Lollies! Hehe, I remembered giving 20 satu sen and 6 lima sen kat toll. Orang tu jeling semacam je, reluctant to release the bar till she finished counting!
I make it a point to keep 1 and 5 cents in my purse so that people won't do this to me. Ada a few times, they say, 'Sorry Cik, takde duit satu sen.' I just tell them..'Give me ten cents and I will pulangkan the baki.'
You baiklah lion3ss..I mintak duit beso terus tak kasik pun duit balance kat dia.
This sounds very familiar. You and you 1 sen experiences....you go girl
Lynete - aku sorang je ke yang kena ni?
Enjoyed a lot! »
Post a Comment