Monday, June 06, 2005

Sekarang ni Cuti Sekolah

Sekatang ni cuti sekolah, dua minggu. Aku tak tau pun cuti ni dua minggu.Aku ingat satu minggu aje sebenanya. Siang-siang lagi parents aku dah datang rumah aku. Belum cuti sekolah lagi dia orang dah datang.

Anak-anak aku memang exhilarated bila dia orang datang. Termasuklah anak-anak jiran aku (Tak termasuk Jilan Constluction aku tu). Sebab parents aku suka bawak dia orang pi playground sampai ke Taman Bukit Jalil pun dia angkut semua budak-budak kecik tu. Sekali angkut adalah dekat lima budak kecik. Aku pun tak serajin tu. Parents aku tu rajin betul melayan, walaupun mak aku tu jalan hencot-hencot..tapi demi cucu dia, dia gahkan jugak.

Anyway lepas tu parents aku "kidnap" anak-anak aku kecuali Zachary balik kampung. Kalau tak pasal aku menyusukan dia tu, dah lama dia angkut sekali agaknya. Masa dulu dia orang ambik anak aku sekejap, aku menangis macam nak rak. Aku memang tak biasa jauh dengan anak-anak aku. Kalo aku pergi outstation yang lama sikit, aku mesti cari jalan untuk bawak budak-budak tu. Tapi anak-anak aku yang dua orang tu dah besar dan sekolah so dia orang yang nak sangat pergi dengan atuk dia. Atuk dia mana geti marah bebudak tu. Time aku kecik-kecik dulu, aku selalu gak kena marah. Tak aci!!!

Anyway aku sekarang kat kampung aku kat MooWor. Nak ambik anak aku partly dan seterusnya bawak dia orang pi PD. The cheapest holiday I can give them.

Sepanjang anak-anak aku tak ada kat rumah, Zachary lah yang paling aku kesiankan sekali. Zachary tu dah biasa kena gomol dengan abang, akak dia, selalu orang kecoh-kecoh keliling dia, lepas tu bila bebudak tu tak ada, dia pun jadi senyap aje. Tidur tak lena, asyik merengek aje, nak mintak dukung aje. Aku rasa aku kena kasik guidelinelah kat parents aku tu. Boleh ambik tapi tak boleh lama-lama.

Aku sampai rumah parents aku, kena smothered by kisses from Batrisyia. Ahhh Sya is so perempuan. Si Haziq tu attack aku dengan cerita computer game baru atok dia beli. Aku yang boring...aku nak pakai computerlah!!!! Dah lama aku tak memblog ni. Zachary happy gila tengok abang akak dia. Bising mulut dia. Dia gak happy tengok atuk dia.

Ayah aku memang ada this thing with kids. Budak semua suka dia. Dia orang bukan nak kat mak aku sangat pun. Aku pun tak tau apasal.

Aku borak-borak dengan Batrisyia. Aku cita kat dia..Sya, sian tau JackJack tu masa Sya tak ada. Dia miss Sya. Sya miss JackJack tak?

Miss. Sya miss semua. (Kissess and kisses)

Lain kali Sya janganlah pergi lama sangat. Sian Ibu, sian Jack. Dia senyap aje masa Sya dengan abang tak ada. (aku memang cari pasal dengan Sya ni).

Sya pergi tak lama pun. Ibu yang datang lambat.

Sya pergi lama. SIkit lagi Zachary tak kenal Sya
.

Lepas tu Sya jadi bengkak. But instead of nampak sedih and tunjuk emotion kat aku..dia jadi bengang and marah. Dia buat tak tau aje kat aku. Masam aje muka dia tu. "I DON'T WANT FRIEND YOU!!! (aku tak suka phrase ni..grammatically wrong)

Aku rasa dia ni, bila orang cuba buat dia rasa guilty for not doing something, or for doing something for that matter, instead of trying to please that person..dia akan retaliate. Partly dia mungkin tak rasa dia patut please that person just because that person want to be pleased. But when she wants to please you, she will do it, at her own accord. And when she pleases you with full sinverity she will go at length doing it. If she has monetory of her own, she will spend it on you. When she has the time, she'll spend it on you. Her eyes, ears, thoughts and all. But when she feels that people are mocking her, obligating her of sort, she'll feel repulsive and begin to retaliate. This is when you are going to lose her. Then slowly she builds up her rage mixed with guilt which can be volcanic.

And that was precisely what happen when I interrogated her.

Ehem...perangai siapalah yang dia ikut tu agaknya?

Aku rasa akulah future nemesis puteri aku yang seorang tu

10 comments:

Leen Ash Burn said...

But I totally agree with Sya (and her Nemesis *ahem) - one shouldn't please someone just because someone tu wants to be pleased. Lantak aku la nak please kau bila2 aku suka keh keh.

Anyways, Muwor bestnyeeee. I miss Muor. I miss the kopi o and sate for breakfast. Nyam nyam. I miss the Cendol Uncle kat tengah2 bandor tu.

(Makan je kau miss yaa)

My Dad is like yours too. Rupa bengis ya ammatz, tapi kids swarm him all the time. Kalau my mom, pandang pun tak hehe.

wan said...

happy holiday mummy, mummy lovah, haziq, batrisyia and zachary..
have a blast!

atiza said...

la nih kau kat mana?
friday, how?

cakap pasal muor, aku miss atuk aku la..anak2 aku asyik tanya bila nak balik muor aje..

cn said...

bawak blk doyan muor ..heheh..

kt jmbtn tu jammed lagi ker?

hana_kirana said...

yala, saya pun ingatkan semenggu, ropanya duo menggu. hmmm...

Bagus lah Sya tu. Ada style, lah! (macam iklan Kotex). hehe

shidah said...

sya punya style sebijik cam anak aku nombor 2.... i think that she is rather cool. got attitude eh?

faux diamante said...

betul la sya cakap aishah mcm dia.

sejibik perangai...

lollies said...

atiza - kita dating week lagi satu nak? eh kalau not friday can or not?

sya is a second child..and yes she has attitude.

cn-tak..dah ada jambatan baru.. senang sikit sampai rumah

nazrah- you found me here huh?

Leen - kadang2 dah tua ni kena diplomatic. penat..

wan - semua namaadik2 you, you ingat ya?

hk - Sya belum pakai kotex

Anonymous said...

Keep up the good work Spirit line cruises Euphoria skin care ringtones for quest motorola Free 2006 tax download compare bontril fluoxetine pics buy bontril online buy cheap bontril prescription on line Betting nebraska western illinois football spread Paxil fluoxetine Sterling millionaire lottery small kitchens site ambien com Lg 8110 mobile phone Lesbian anal riding Backpacks picnic Jdm subaru engine exporter

Anonymous said...

Excellent, love it! » » »