Monday, January 30, 2006

Teori Saiz

Aku kadang-kadang malas betullah nak pergi shopping masa sales ni. Tapi ya lah dah kata sales tu naklah ambik peluang beli barang at discounted price.

Kalau kat Malaysia aku suka betul pergi Edmundser dengan Spade. Aku rasa kalau aku pakai baju tu macam sleek aje rupa, corporate gila. Aku rasalah. Tapi masalah kat Malaysia tu ialah saiznya sangat cinoni! Kalau aku pergi kena betul-betul selak cari saiz untuk aku. Kalau untung sabut, bolehlah saiz M tapi most of the time saiz L. Itupun kalau nak two-piece suit, baju top saiz lain, yang skirt or pants saiz lain. Dan yang paling sedih is apa baju yang paling cun tak ada dalam saiz aku. Oh! Sungguh mengecewakan.

Marks & Spencer sales kat sini. Hah! Inilah masanya untuk menambahkan pakaian dalaman. Kalau tak sales lebih kurang harga kat Malaysia..slightly less actually. Kalau sales lagilah murah. And again aku di hampakan dengan masalah saiz. To the contrary of the sizes kat Malaysia, kat sini saiznya besar-besar! Mak oi macam buah kelapa pun ada. Sampai cup G pun ada! Gila babi punya besar! Tapi briefs ok pulak. Ada jugak saiz normal 8-10 dan yang lebih besar pun adalah.

Dan sekali lagi aku di belenggu masalah mencari saiz yang sesuai. Adoi susahnya nak cari saiz.

Aku nak beli jeans pun susah. Pinggang dia boleh masuk dua kali pungkok aku. It's that big!

Aku punya teori is kat Malaysia ramai sangat orang bersaiz besar. Sebab tu masa sales tinggal saiz yang kecik aje ala-ala Ally MacBeal. Whereas kat sini, semua orang cinoni kot..tinggal saiz buah kelapa aje yang ada.

11 comments:

Captain Barbell said...

saiz buah betik ada tak

Lollies said...

well buah betik tu macam sagging pulak. the point of bra is to lift it. ;-P

atiza said...

kalau kat mesia yg ada mesti size AA...kat sana size F?
kalau sorang ofismate aku tau, sure dia nak kirim..heheh

Trust said...

G???? Gila. I have seen Double D. But G? GB BESAR!!!!

The point of bra is to excite. Not terrify.

Lollies said...

atiza - i tell you kat sini best gila nak cari lingerie. It's cheap. For those with big huge mamas mesti suka sebab kat malaysia kalau besar-besar sangat tu the choices are like the grannies one. Tak syok langsung memandangnya. Tapi kat sini, aku tengok pun horny.

trust - babe I tell you it's so big, it can fit my head. I pun sebenarnya tak tau kewujudan cup G tu. But but I must say the designs are good and can be titilating if you are into big coconut size.

Trust said...

Saya bersyukur dengan pemberian ALLAH.

:D

aku nama aie said...

kat sini yang aku pernah tengok size F tapi masa belajar dulu aku penah nampak yang G...besar siot..hahahha...

takde chan la hang nak dapat yang murah2...brand mesia bleh la..kat giant banyak..haha

Lollies said...

trust - :-) Alhamdullilah jugak

aie - kat sini lingerie murah tau. ko nak kirim? kasi saiz aku beli yang lip lap punya nak?

answer-man said...

enjoyed the subject matter on your blog. I have some super great shopping malls to share please take a moment to see which one you like the best.
www.Christmas-Mall-Online.com
www.ShopBeachCity.com
www.American-Shopping-Mall.com
www.tshirtapperal.com
www.biblemediadvd.com
www.bibledvdonine.com
www.handbagexpress.com
www.vegastours.com
www.satellie-dish-network-tv-movies.com
Be sure and take advantage of the great values available. Enjoy!

Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on! »

Anonymous said...

Excellent, love it! »