Monday, January 29, 2007

Raya haji di Nizwa

Photobucket - Video and Image HostingSehari sebelum raya haji aku masih lagi kat Nizwa. Sebenarnya this is the best time to visit Nizwa kalau nak rasa feel bagaimana masyarakat tempatannya prepare untuk raya haji di sini.

Bandar Nizwa jam pack dari pagi lagi. Kebanyakannya menujuju kearah Nizwa souq. Kat situ pun ada jual souq kambinng dan lembu. Jadi ramai kesitu mungkin dengan tujuannak beli barangan dapur. Tapi tujuan paling utama ialah untuk membida kambing atau lembu bagi tujuan korban.

Photobucket - Video and Image HostingUnlike kat Malaysia, kita tempah lembu dari tuannya. Di sini semuanya mereka cari kat souq aje. Berlori-lori kambing dan lembu ada kat souq tu. Pilih aje yang mana nak.

Photobucket - Video and Image HostingPastu ada antara tuan kambing/ lembu tu lelong ternakan mereka. Kecoh betul tawar menawar kat pasar tu. Biasalah orang arab kalau cakap macam nak gaduh.

Tradisi ini mereka dah buat bertahun-tahun lamanya dan masih lagi diteruskan.

Photobucket - Video and Image HostingMalam sebelum raya itu pulak, aku ada kat Buraimy. Round-round town tu dan nampaklah kat souq ni orang jual kayu api banyak-banyak. Bila ditanya, ini guna untuk masak daging esok nanti. Aku dok wonder mesti susah jugak nak collect kayu api ni. Bukannya ada hutan pun kat sini.

Sambil tu aku singgah beli satu special dessert kat Oman iatu Halwa. Tak sangka pulak aku mahal. Plastik tupperware kecik tu harga 50 ringgit. Rasa? Hmmm acquired tastelah. Aku tak suka sangat. Rasa macam dodol berempah. Orang kata kat Malaysia pun ada halwa ni nama dia halwa maskat. I suppose halwa muscat lah tu.

Orang arab ni suka sembahyang raya open air. Walaupun banyak masjid keliling. Petang raya ni as we drive from Nizwa to Buraimy nampak ramai orang tengah pasang speaker segala kat open space yang mostly designated for this purpose.

Pastukan esok hari as we drive lagi from Buraimi to Sohar pulak. (dah nak balik jalan tak tentu arah), nampak banyak bangkai kambing kat tepi jalan. Tak tutup pulak tu some of them. Dahlah memang banyak lalat, makin bertambah-tambah lalat hari tu.

Pastu lori municipal datang kutip carcass tu satu-satu, masukkan dalam lori dia. Hmm lain sikit cara mereka.

Actually tak ada point aku cita ni. Cuma cita apa yang aku observe ajala.

Photobucket - Video and Image Hosting
Jalanraya sesak sehari sebelum raya haji

4 comments:

k.d said...

Jauh berjalan luas pandangan. Selagi berdaya poket dan physical.

Lain bangsa lain tradisi dan untuk kita nengalami pengalaman itu amat beruntung sekali.

Susahnya aku nak berbahasa. Nak tulis komen kat atas tu je dah berapa kali edit!!

1 said...

amazing kan boleh road trip kat negara orang. having lots of fun wif dat as well dgn family. hopefully i got my chance as well. pegi pattaya pun ok. huhu.

MULAN said...

ok la tu, dapat experience raya haji tempat orang. pengalaman tu mahal woo.. tak dapat orang lain nak beli. kita tumpang seronok.

awat bangkai2 dok tepi jalan tu?? lepas sembelih depa campak je ke??

Lollies said...

k.d - ha ha ha. tengoklah post i ni. terabur semacam aje

wan - pergi patayya pun best gak. saya tak pernah pergi. eh gilah somewhere. now everybody can fly

mulan - i think so lah. dah habis lapah dia campak tepi jalan. municipal kutip. kalau kita, kita tanam elok2.