Minggu ni minggu exam kelas arab dengan kelas tajweed aku. Alhamdullilah aku dapat markah penuh untuk kelas arab. Pastu dapat 28.5/30 untuk tajweed. Yang 0.5 tu markah kesian yang cikgu beri lepas announce aku dapat 28/30. Kalau korang semua gamaknya mesti score penuhlah. Gerenti!
Untuk exam arab ada ujian bertulis yang put to test ruling yang baru sikit aje di ajar tu, ada imlak (dictation) and ada qiraat (reading). Yang tajweed cuma recitation aje yang harus di memorise, tapi ayat simple-simple ajele so far. Al Fatehah, Al Ikhlas, AnNas, Al falaq, Al Masad dan Al Nasr. Tapi of courselah kena hafal dengan tajweed yang betul.
Aku masih mempunyai masalah makhraj bagi huruf kha yaani yang huruf jim, kha, kho tu. Dia kata aku masih sebut "ha" lagi. Naik sakit-sakit tekak aku mecuba nak sebut huruf tu. Banyaklak tu huruf tu. Dalam Bismillah dah dua kali. Start Fatehah dah ada. Adoi! Lepas tu aku ada masalah betul nak ihfakkan huruf nun mati jumpa shin (ada dalam Al falaq dan An Nas). Aku ingat aku dah dengung baik punya. Ayoyo!
Tabik spring kat semua cikgu-cikgu di center yang aku belajar ini. Pelajar-pelajar dari pelbagai negara dengan cara sebutan yang beza-beza harusnya kasi masalah yang pelbagai. Rata-rata yang dari Malaysia ada masalah kha macam aku. Pastu mesti tak biasa sebut zal (yaani dal, zal), tha dan dzo dengan betul. Tipsnya kena keluar hujung lidah sikit. Yang dari Indonesia akan ada masalah dengan zal, mesti nak sebut jadi huruf "j". itu pasal rezeki jadi rejeki, izin jadi ijin. dan sebut sin jadi shin. Yang dari pakistan mesti tak sebut Allah dengan betul. Tak mufahammah sebutan lamnya. Aku sendiri masih tak betul lagi makhraj. tak apa tak apa shuay shuay (perlahan-lahan) lama-lama ok Insya Allah. Semangat tau.
So far aku masih istiqomah nak follow the classes. Infactnya aku puas hati amat. Walaupun aku masih lagi tak boleh buat convo in arabic. Tapi adalah satu dua dah hafal selain dari kaifa halk, ana bikhair. yang dah amat standard untuk di hafal tu.
Ismi Lollies.
Ana min Malizia.
Ana mutazauwijah.
zauji muhandis.
Nama saya Lollies.
Saya dari Malaysia
Saya dah kahwin
Laki saya sangat hensem. (hahahahahaha)
kelas tajweed tu pulak dalam dia nak suruh kita recite dia beri sikit-sikit arti ayat tu. Taklah macam harfiyah tapi bolehlah buat ingat dan ada oohhh factor sikit.
Walaubagaimanapun dalam kelas aku dah empat orang yang quit dan dukacita sekali, kesemuanya Malaysian. Hu hu hu.
Aku sebenarnya tak kesah kalau orang nak quit. Itu prerogatives masing-masing pada aku. Tapi aku kesah jugaklah kalau ada buat minor smear campaign. Seakan-akan nak melobi orang lain untuk quit sama.
Tell me engko malas. Rumah tak terurus. Takleh cope cikgu mengajar. Bahasa inggeris tak faham. Dah tak ada mood. I am ok with that.
Tapi kalau sebok tanya aku, ko tak bosan ke tengok cikgu tu dari pukul 8 sampai 11:30? Yang tu aku kesah.
Aku ni romantik tau. Aku defensive kalau orang kutuk cikgu aku.
Aku jawablah. Ko kan kerja dulu. Biasalah meeing sampai sebulan dengan orang yang sama. Tak ada masalahlah aku.
Most makcik kelas aku pernah attend beginner class last year. Aku aje lompat gi intermediate. Tak kosa nak belajar huruf. (kereklah katakan). Apparently cikgu beginner tu fun fun orangnya. The very the bubbly. Cikgu aku ni (according to them) ada sikit strict dan banyak laju. So pasal tu dia orang berhenti. Ada tu nak masuk balik beginner class. Tak mau progress. *sigh*
Yang aku tak tahan juga nak berhenti sebab orang lain berhenti. Aku jawab aku bukan belajar kerana orang tu.
Tapi aku takleh cakap banyak. Nanti dia kata alaa ko tak pernah dapat cikgu yang best tu. sebab tu kau tak tau. Or orang kata alaah ko terer. Senanglah kau. Pulak
Plus who am I to comment? Macamlah aku tak pernah quit belajar. Banyak kali apa? In fact to tell you the truth aku pernah belajar bahasa arab for three years and siap took arabic as a subject for SRP (ancient equivalence to PMR). I hated my teachers thus I hated the subject. Miracolously I got a C6 for it. Dan terus terang aku tak ingat satu apa pun yang aku belajar kecuali yang amat-amat basic. Aku dah tak boleh construct a decent sentence dah pun.
Insya Allah this is my payback time sebab aku tak pernah rasa serugi dan sebodoh berebel masa muda seperti ini. Adakah ini the silver lining aku dihantar ke negara arab? negara yang memang sah-sah tak mau pergi dulu! Ever! Ever!
Funnykan twist of life?
Eh jom tarik confetti. Aku dapat markah penuh woo arab exam hari tu.
The Rights of Allah and Etiquette with Allah
9 years ago
12 comments:
Congrats Lollies. Carry on studying.
Betul tu...kita belajar bukan ssebab orang...Niat kena betuuulll!
Wah...
Tahniah... Tahniah...
Betul tu, belajar kerana diri sendiri bukan kerana org lain, kan?
walauweeeeiii.....congrats....u go girl....:)
He he,.
Lemme practice here.
Mein name ist Jo.
Ich komme aus Malaysia.
Ich werde verbunden.
Meine Frau is nett, aber heftig.
:-)
Ismi Jin...Ana Jamal...heheh..congratulations..
doc - niat kena betul dari awalkan? it does make a difference
ina - kalau untuk orang lain,bila orang tu tak ada..apa yang kita ada?
ibuhaziq - he he. thanks
jo - your wife is nice but fierce? amboi amboi dia
jin - ana jamal tu masudnya saya unta. :D
wah, nnt bleh lah kita berkomunikasi dlm bahasa arab....heheheeee....
insyallah, tahun depan saya kena pergi qatar. mcm mana kehidupan di sana.....
Wahahaha I really enjoy reading it. You have a way to crack it up without you perhaps having the intention to make a comedy out of it. Love it.
And, Selamat Belajar... Tak rugi getting all those knowledge.
Congratulation Lollies... I wish I had the opportunity to learn that.
Macam-macam orang macam2 ragam kan..
Let them be who they are...and we stick to our principal and goal in life..
Nanti in future you can be a teacher kat sini... you open class bahasa arab and lain-lain nya. The more we teach the more we learn..
Dah ada cerita pasal our new baby...hehehe
lollies, i am proud of you! when i was in dubai, i was struggling to catch up with the language as everybody speaks english! so ended up I remember "Tanzilat" so well as it greeted me from the moment i touched down on the grounds of UAE :)
cik dinz - awak ni nak kerja kompeni mana ni?
gab - he he i am glad you find it funny rather than obnoxious.
AM - i nak jadi cikgu? uhuk uhuk. sakit gak tu
mama rock - he he tanzilat also among my first few words. Attanzilat kabiran
kompeni yg sama tapi nak bukak plant baru kat sana. kalu tak ke qatar, mungkin kena pergi oman...
Post a Comment