Thursday, September 15, 2005

Central Market Part II

Aku sambung baliklah cerita Central Market ni. Anyway, masa aku mula-mula kerja dulu aku kena naik dua bas. Satu bas mini from Mindef sampailah ke Bangkok Bank pastu aku jalan kaki sikit sampai Bus Stang Klang naik bas Intra Kota. Fuyo bas baru kat KL ni. Nampak so posh. Drebar pun pakai uniform macam kat UK. Aku naik bas no. 5 sampai Bangsar. Balik pulak aku naik apa-apa bas yang lalu Central Market kat Jalan Bangsar tu. Dari, eh penatlah tulis Central Market Central Market. Aku tulis CM lah. Dari CM aku naik bas balik ke Mindef. Macam tulah hari-hari sampai aku dari pindah rumah Uncle aku.

So petang-petang adalah aku kat CM tu. Kekadang aku balik terus..kekadang aku pusing-pusing CM tu. Tengok orang draw, tengok kedai antik, dok belek LPlah, tengok souvenier, tengok orang. Kadang-kadang aku pi pakai public phone call fiance aku. Masa tu aku tak ada HP. Baru kerja..gaji pun tak ada.

So satu hari aku tengah jalan-jalan...sekonyong-konyong aku ditegur oleh satu Mat Smart ni. Mat Smart ni, in my books, is Mamat yang perasan dia smart. Rambut dia macam carefully disikat, walaupun aku rasa sikat ke tak sikat ke rambut memang jenis keras je..takkan berubah pun. Pastu pakai kemeja lengan pendek and slack..siap pakai tie. Lawak..pakai lengan pendek pakai tie. Pakai slack macam orang tua punya style. Pastu ada HP besar bapak kat pinggang. Kasut kilat babe. Pastu tangan pegang kunci kereta. Woo kira hebatlah dia rasa nak tayang dia ada kereta. Ada kereta apa buat kat CM ni, waktu orang balik kerja ni. Nak cari souvenier kot?

"Err...excuse me miss. You ni macam familiarlah. I rasa kita macam perna jumpa. I wonder where?"

Errrkk aku tengok muka dia. He is not much taller than me. And I am not tall. I am trying to guess kerja apa mamat ni. Aku keluar tepat pukul 5, so considered awallah mamat ni dah ada kat CM.

"No..sorry. I don't think I know you"

No kita mesti pernah jumpa. You belajar kat mana dulu?

Podachitlah Mat Smart..you won't get me trapped into making me give info of myself to you.

I rasa I tak kenal youla. I belajar kat sini aje.

You ITM ke?


Semua orang belajar ITM ke kat sini? OKlah aku ITM. Tapi aku dah mula walk away dah

Hah..ya..

Itulah memang betul you nampak familiar. Why don't kita minum-minum. Cerita sikit. Ingat kisah lama.


Mamat ni biar betul. Aku jalan makin laju..nak belah dari mamat ni

You mind ke I jalan dengan you ni?

Hah! Jackpot question!

Yes! I do mind. Saya nak jalan sorang dan saya tak nak minum.

Eh! Janganlah gitu. Ambik card I. I ni eksekutif kerja kat Celcom. So kalau kita minum-minum, bolehlah kita kenal each other better


An executive introducing himself like that to me. How so no class.

Sorry mister Suara dah tinggi sikit. I don't wanna drink. I am not from ITM. I don't know you and I don't want to know you. So do not follow me ok?

Aku celah terus dan tak layan mamat tu panggil-panggi lagi.

I don't know, I have this big feeling he is not what he claims to be.

Plus aku tak suka Mat Smart.

Then I moved out from my Uncle's house so aku tak frequent lagilah CM tu.But after two months, aku ada pergi CM tu sekali lagi sebab aku baru ingat aku ada hantar filem cuci gambar. So aku nak collect.

Tengah-tengah aku jalan tu..tetiba ada orang tegur aku

"Err...excuse me miss. You ni macam familiarlah. I rasa kita macam pernah jumpa. I wonder where?"

My God! The same exact line. Aku toleh and without doubt the same exact Mat Smart.

Dia tak perasan aku rupanya. Then dia go on about me looking familiar. Tanya aku belajar mana and all sort and nak kasi aku kad "eksekutif" dia tu.

AKu ketawa. Kah! Kah! Kah! Dia pelik sekejap. Tapi nampak dia suka, sebab aku ketawa. Pastu aku diam tetiba..dan aku pandang dia dan aku sternkan suara aku.

"Look mister! You have tried that line on me before. Exact same line! What are you trying to get huh? Kamu ni dah tak ada kerja lain ke?!"

Dia terkejut gila..

"Eh! Ya ka?"

"Maybe saya patut report awak ni!"

Dia terus Ca Alip Bot. Seriously he literally ran away!

Aku tak tau apa kerja dia. Apa muslihat dia. Or apa yang dia mahu.

Tapi aku rasa he is up to no good. Dia dok cari awek yang nampak muda and new. Get them to trust him..yalah executive kan..sure hebat. For what I don't know.

Menyesal pulak rasa aku tak report kat polis pasal dia ni.

Berapa banyak pompuanlah dia dah kenakan.

11 comments:

Anonymous said...

what are the odds of that? kena by the same person, same line, same place. jinxed sungguh pn lollies ni. :p

Anonymous said...

hahahaha..sonok baca citer u ni....

an0nymous-ign0ranus said...

HAHAHA ... kalau u report police, apa u nak report? "bang, saya diganggu, bang!!!?"

i think this kind of things only happen to Lolly.

Lollies said...

wei aku cita ni suppose to be a thriller lah cita ni. ni kesah benar ni ada orang jahat ni kerja dia nak pounce orang. betul betul abang polis percayalah kata-kata saya ini.

tapi babe and PB aku rasa ko rang ada betullah sebab aku ada kesah lain pun haru jugak. Oh tuhan apa sudah jadi sama aku punya pheromone?

Anonymous said...

fuyyyoooooo.....eksekutif Celcom mengurat dia....caya la mokcik...terkejut my exfiance i dok ketawa dekah dekah baca posting you ni..

Anonymous said...

tolong-tolong saya diurat oleh seorang eksekutif.

brader - cita ni tak menakutkan ke? aiyaaa.

atiza said...

itu la..mak kata jangan pakai skirt pendek...pakai jugak..kan dah kena follow ngan eksekutip..

Anonymous said...

eh tak tak saya tak pakai skirt pendek. kalau saya pakai pun asay pakai panty hose. tak nampak kai saya yang ada duit seposen dua puluh sen tu

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

good info

Anonymous said...

Excellent, love it! »