Saya adalah salah satu dari rakyat Malaysia yang tidak suka menempelkan bendera Malaysia di kereta saya. Mungkin juga saya ni tidak patriotik tapi bukanlah bermakna saya ini tidak menyintai negara saya. Cuma saya rasa cintakan negara saya tidaklah perlu dengan aksi menempelkan bendera di kereta. Lagi pula, pelekat bendera itu akan melekat dan merosakkan permukaan cat kereta saya yang berkilat itu.
Jadi pendek kata, saya tak pernah tempelkan bendera di kereta saya. Saya juga tidak ada apa-apa pelekat kereta yang melambangkan sifat patriotik saya. Kereta saya juga bebas pelekat. Yang ada cuma pelekat company, pelekat kawasan rumah dan pelekat cukai jalan (saya tak suka pelekat ni. susah betul nak tanggal).
Tapi awak tau, bila saya dah sampai sini kan, kami (saya dan ramai lagi rakyat Malaysia) rasa gembira pula nak bubuh pelekat kereta melambangkan Malaysia. (Masih lagi tak mau bubuh bendera). Saya ada pelekat kereta "SAYA ANAK MALAYSIA" dengan latar belakang bendera Malaysia yang sedang berkibar.
Disini bila penduduk tempatan tahu yang kami dari Malaysia, layanannya terus berubah. Jikalau pada mulanya mereka menganggap kami dari rakyat Asia yang lain (jika Singapore saya kurang pasti), layanan yang diberi lain. Kurang mesra. Sebut sahaja anda dari Malaysia, "OH! Tou are Malaysian? Malaysia is good. Malaysia is beautiful. You Muslim?" Bertambah mesra jadinya.
Sifat ini juga dapat dilihat di pejabat-pejabat kerajaan. Contohnya semasa mengambil lesen kereta.:D
Secara tidak langsungnya, kami anak-anak Malaysia yang duduk di tanah arab gersang ini, terpancul rasa bangga bahawa kami dari Malaysia.
Apa agaknya yang mereka suka dengan negara kita. Pertamanya mungkin ialah kita adalah sebuah negara Islam. Walaupun di antara kita masih lagi boleh didebatkan isu ini tapi hakikatnya di pandangan rakyat biasa luar negara, Malaysia adalah negara Islam.
Malaysia banyak melahirkan golongan professional Islam. Satu demand yang tinggi disini memandangkan selama ini mereka banyak mengambil tenaga dari negara yang lain seperti Uh Key, Kenada, Amehrika dan juga In-dia. Rata-rata mereka menganggap rakyat kita bekerja kuat dan mempunyai tatasusila yang tinggi. Membuat saya berfikir, tidak banyak negara Islam yang mempunyai tenaga professional Islam. Sistem pelajaran kita yang cuba memastikan "a mass production of professionals" telah menghasilkan ramai professional masa kini. Kualiti atau tidak adalah isu bagi debat yang lain.
Malaysia damai, makmur, cantik dan berwana-warni. Ada hijau pokok, biru laut dan ceklat tanah merah.
Walaupun Malaysia dipenuhi dengan kemelut politik, rakyatnya di suapkan dengan media yang suka melaga-lagakan pemikiran yang tidak membina, ekonomi yang tidak memberansangkan, dan pelbagai hal lagi. Tidak ada celanya negara kita bagi mereka. Berita-berita mengenai Malaysia kerap diselitkan di akhbar-akhbar Bahasa Ingeeris tempatan. Hatta kisah Tun yang semakin lantang bersuara.
Cuma satu sahaja yang saya khuatir. Bendera Malaysia ini tersangatlah sama rupanya dengan bendera Amehrika. Jadi saya elakkan menggunakan pelekat yang hanya menggambarkan jalur merah putih. Saya gunakan pelekat yang bertuliskan Malaysia yang besar. Silap haribulan kereta saya pulak yang kena bom.
Walaupun saya rasa itu jarang berlaku sebab sebenarnya walaupun ada kumpulan radikal di mana-mana, penduduk Arab rata-ratanya berkiblatkan Amehrika (Jangan tafsir secara literal). Dari keretanya hingga ke sistem yang diguna pakai.
Jadi, adakah mungkin sesuatu telah dilakukan dengan betul dalam 49 tahun kita merdeka. Good clean image of professional muslim. "Malaysian? Muslim? We want more of you"
Tapi ya, saya bangga saya rakyat Malaysia. Rata-rata kita baca sesuatu yang negatif selepas 49 tahun kita merdeka di web kan? Kerana banyak lagi perlu dibetulkan. Memang betul tu. Tetapi ada juga yang boleh kita banggakan walaupun hanya sekelumit.
Selamat Merdeka selama 49 tahun.
17 comments:
kereta saya juga bebas pelekat. tapi saya suka bila duduk melekat-lekat. selamat hari merdeka.
bila hari merdeka mcm ni.. rasa sayang kat negara jadi mendalam betul..tengok bendera negara sendiri bila berada di perantauan jadi hiba hati.. :0)..selamat hari merdeka to u too :0)
Selamat Hari Merdeka to you! Bepeluh beluh kita yer merdeka kat bumi Qatar.Anyway, nice meeting you. Hopefully boleh jumpa lagi.
-Dills(lover azer)-
Selamat hari merdeka walau di mana jua anda berada!
Lollies masa pi umrah dulu bila tau kita dr Malaysia mereka macam meraikan kita lak... malah memuji pemimpin Malaysia.
Kak sya tak suka letak bendera tu sebab bila lekat kat keta, bawa laju sikit mende tu dah tercampak.. dari nak patriotik dah jadi tukang buang sampah merata-rata di jalanraya dan lebuhraya di Malaysia.
nak balas pantun jill...
hujan emas di negeri orang, hujan batu ni negeri sendiri...baguslah, patriotik lollies ni..(ok tak pantun ni?)
Lolls, ingat tak lagu Dr. Sam, Saya Anak Malaysia, Saya Anak Malaysia ----ajar kat anak2 ok.
Lollies..
cewah cewah...terdiri diri bulu roma saya baca entry patriotik tu...so true, di timur tengah ni kita rakyat malaysia memang mendapat special recognition dari pak dan mak arab, especially sebab mereka start start je dah down-garde kita as maids or drivers on first impression. So nice surprise la kan...bila depa kata...OOO, malaysia mari...!!
Idham
jill - kereta saya sekarang ada satu sticker. duduk melekat jangan sampai leka. ahaks
simah - betul tu. ada news aje baca terus. lover lagilah sampai potong and gantung kat opis. selamat merdeka to you too simah
dills - oh bagaikan sauna kita ya? nanti saya main masak-masak awak datang rumah kita tau. nanti kita YM
sare - eh bestlah aya tu. boleh buat copywrite
BTB - saya sedang bayangkan lollipop yang berduri. the very prickly. :D
kak sya - betul tu. i think patriotism can turn to disrespect pulak kan?
anne - saya rindukan kampung halaman. cewah
idham - itulah yang membanggakan. mari kita tukar paradigm mereka ini. pandang aje kita terus ada respek. bukan respek omputeh aje.
Bangga dengan warga Msia dibumi Qatar! Selamat merdeka.
Salam Merdeka. Kereta saya juga sticker free. Kalau anak2 nak tampal sticker/bendera, diaorang hanya boleh tampal kat kereta Ibu diaorang saja.
saya..bukan aje 'sticker free', tapi sebenarnya 'keretafree' juga (takder kereta) hehehee.. selamat hari kemerdekaan!
AM - saya juga bangga dengan mereka di scotland. :D
ordinary hero - ha ha ha. tak aci.
zack - ko suruhlah dia orang pakai fair and lovely.
aku dah ada lover. ko suka perigi cari timba ya?
itot - tak apa boleh letak kat meja opis atau meja study hatta meja makan itu bendera.
exhubby - dude, I am a sister. Selamat merdeka. Kumpul cita monkey banyak-banyak. Boleh buat cerita merdeka separuh abad
oohhh yesss, i like the attention i got in dubai when they know i'm from malaisie...but when my dubai friends come visit me in KL, i dunno how to answer them when they said, the girls are very open showing their affection to the boys...ah! i seriously dunno what to say, since most of them will stay in hotels nearby klcc area where the scenes are very common :(
ayoo itu amatlah memalukan.
wahhhhh...entry penuh berbahasa mesia......
sorry la baru dapat masuk blog ko, aku very the bz eh..
Post a Comment