Saturday, February 17, 2007

Pot luck aje

Banyak gila aku kena pot luck minggu ni. Satu on Khamis malam Jumaat, pastu Jumaat pagi pastu Jumaat tengahari. Sampai tiga berturut-turut. Sampai tak ada idealah aku nak masak apa. Ayooo

So aku pun citalah kat lover aku perihal hal ini. Sebab ni masalah berat kan? Masalah duniakan? Kalau tak cerita susah rakyat-rakyat dalam kingdom venus ni nanti. And because I can and I want.

Lepas tu dah memang sahlah martians ni. Aku cerita-cerita bukannya nak suruh dia kasikan penyelesaian ke apa. Aku cuma nak dia dengar dan perhaps sokong sikit-sikit. But nooooooo, martians mesti nak tolong kasikan jalan penyelesaian kepada masalah duniaku. Pastinya bila dah kasi penyelesaian tu Martian akan rasa, sungguh amat berbakti dia kat orang-orang Venus ni yang dia dah tolong selesaikan masalah.

Penyelesaiannya : Tak yahlah bawak pot luck.

Hellllllooooooooooooo

OK memang itu akan selesaikan masalah kena bawak pot luck yang berturut-turut. But at what? At the risk of raised eyebrows? Domestic Goddess tak bawak pot luck??? Tsk! Tsk! Tsk! Tak nampak tu makcik Eet tu dah geleng kepala perlahan-lahan. Are you crazy? Lok lak lok lak tak mau masak beli and bawak pun ok. Bawak Dunkin' Donut pun boleh. (But ehem ni aku takkan bawak ok. Sorry morry Domestic Goddess nak bawak dunkin' donut. apa kelas?) Baik aku bawak buah. Tapi pasal aku domestic goddess, buah pun aku buat fruit salad tau.

Adaka dia suggest tak yah bawak pot luck?!!

Apa alasan aku nak bagi?

Demam? Baik tak yah datang.
Tak sempat? Buat apa tadi.
Tell the truth? That is tak tau nak buat apa? Alaa bawak buah pun ok. Tak pun bawak Dunkin' Donut (Yeah right!)

Aku bukan nak penyelesaian ok. Kalau nak bagi solution pun the least boleh suggest nak masak apa. Jangan suggest beli kek bodoh sudah.

Anyway breakfast Jumaat tu ada makcik ni bawak nasi kerabu. Ada kaler biru-biru. My mee goreng basah, udang besar-besar and kaler sungguh menggoda itu look so pale in comparison. Nasib baik aku punya asam pedas Jumaat tengahari yang berdengung itu recover balik posisi domestic goddessku.

On another note I am so craving for Mee Kari Special Neng kat Bangsar dengan ayam goreng garing chop chop letak kat mee kari betul-betul sebelum serve.

So I had to make it myself

Photobucket - Video and Image Hosting

23 comments:

k.d said...

Betul tu Lollies..Kekadang kita nak luahkan perasaan je kan..keje dia dengar je lah kan..

Tapikan..bila dia dengar je and tak kasi jalan penyelesaian..kita marah kat dia pulak..kata bukan nak kasi idea!!

Hahaha...

Anyhoo..take it easy...kalau domestic goddess sakit nanti susah pulak le rakyat Doha tu nanti..nak makan apa!!

Anonymous said...

hahaha. ini kes tak cerita sakit hati, lagi cerita lagi sakit hati. dan mi kari itu distracting sungguh.

Lollies said...

k.d - saya rasa orang venus ini adalah spesis bermasalah. tak tau apa yang kita nak. pening cik abang martians. ha ha ha rakyat doha ni I tak ada pun depa pasti kenyang. orang lain lagi dasat masaknnya

jill - ko nak sikit? tapi aku masih craving. ni nak makan lagilah. ada lebih semalam.

silversarina said...

wah...terliur tengok gambar mee ni... kalau dekat boleh join sekali....sini tak de potluck... orang pun macam 'tak de' je... memang tak de pun.

Anonymous said...

Sungguh tempting tgk mee kari tu!! Mana dpt mee kuning tu? Tak penah nampak pun sini...

Anonymous said...

The pic is so yummy...I am very sure the taste too...

Anggerik M

Lollies said...

rina - psssttt actuallykan tak ramai pun sometimes lagi bagus. ramai no ada macam-macam hallah. tak koser makcik. eh eh i think one of the embassy officers pergi jordanlah. Pak khalil and wife dia kak jam. you kenal?

dills - psssttt sebenarnya itu spaghetti. boil with tumeric and salt untuk mendapatkan warna kuning resembling mee kuning. i tau datin (embassy) ada jual sometimes the mee kuning. lama tak dengar cita?

AM - entahlah. tapi so far tak ada yang sakit lagi. heh heh

Anonymous said...

Kita low profile. Nyeh..nyeh... :)Mintak resepi mee yang sungguh tempting tu. Tak de buat kelas memasak 101 ke kat sini?I will be the first to enroll. Yo lah! pas tu semua makcik makcik tau i tak heti masak.

You kenal kak tintin? Errrr... mmg itu ke nama dia?? Ke i silap dengar..

atiza said...

alamak..bila lagi kau nak masak laksa johor tuk kitorang?

k.d said...

Lollies..

Miss domestic godddess..I know you busy but I tagged you ah. Would like to know about Doha domestic goddess..

Hehehe

Lollies said...

dills- nak resepi sayaada tulis kat sini http://lollies.efx2.com/view/81471/#377319

oohh kak titien kot nama dia. bukan tintin. mana you kenal dia? i kenallah tapik taklah rapat.

atiza - hu hu. teringat aku. murtabak lagi. ahhh sedihnya

k.d. - tag ah? atoi. harapnya tak susah

silversarina said...

lollies,

Memang kalau ramai sangat pun tak best jugak.....sikit sangat pun tak best...

I ada jumpa kak Jam sekali masa ada open house raya dulu .Dia ada bagitau more than 500 Malaysian families now in Doha. She's nice.

Halley said...

Oh sungguh pening kepala...

Halley said...

Oh sungguh pening kepala...

Lollies said...

halley - ni memang sah double pening ni

Lollies said...

rina - i tak sempat nak berbaik dengan kak jam. i sampai tak lama pastu dia gi jordan. but from my short encounters dengan dia, she is a nice person. i don't think she knows me lah tapik. I however pernah meeting dengan Pak Khalil. Dia pun baik orangnya.

Mama Rock said...

lollies, you are doing good. masa mama kat dubai, all i ever brought to ANY potluck is goreng pisang tanduk...hahaha, and i was always excused coz i was working...mana sempat je la :)
ps- sedap nya nampak mee kari tu..slurpp!

Anonymous said...

wa...nanti balik mesia, masakkan untuk maklang eh...nampak sedap betul tu..

Lollies said...

mama - wehei saya pun selalu bawak pisang goreng. jejemput psang hitam lembik pun saya ada bawak gak. saya rasa itu yang best sekali. orang selalu tak terpikir. muahahaha. ubi rebus cicah kelapa gula pun saya ada bawak. nyam nyam

mak lang - alaa entah apalah rasa dia agaknya. kat mesia tu senang aje beli aje semua. huwaaa ngidam ni

cikdinz said...

hmmm...best nye mee kari tuh. kirim 1 bleh tak...heheheee...

Mulan said...

wallaaa.. ada tahu kat qatar tu? sodap nyoooo mee tu lollies!!!

Lollies said...

cik dinz - patut saya kirim kat awak. tolong beli kat bangsar tu boleh?

mulan - adalah tauhu tapik tak lah mudah sangat nak dapat

cikdinz said...

kat bangsar belah mana tuh????
tak pernah nengok pon.