Mak mertua aku suka menganjurkan kenduri. Jika hajatnya tercapai : kenduri, jika dia rasa syukur : kenduri, dah lama tak kenduri : kenduri. Kadang-kadang tak perlu bersebab pun untuk mengadakan kenduri.
Aku mengaku, pada awal-awal berkahwin, aku memang agak kekok dalam suasana kenduri. Sekarang pun aku masih kekok lagi. Ibu jarang buat kenduri. Kalau ada pun bukannya aku tolong pun. Paling banyak aku tolong, aku belikan ais. Aku juga belajar masak sendiri, jadi kenduri cara rewang ramai-ramai membuatkan aku gelisah dan janggal sekali. Tapi aku cuba bawa diri semolek boleh. Biasanya aku ambik kerja mudah-mudah seperti susun barang. Pernah juga aku jadi tukang potong bawang, kentang dan pelbagai. Aku nasihatkan kalian semua, dalam majlis rewang begini silalah berpegang kuat kepada pisau tajam anda. Ianya boleh menjadi barang paling berharga ketika itu. Kerja paling susah yang aku buat ialah masak asi dalam periuk nasi yang paling besar kau pernah lihat. Takut juga nasi jadi mentah atau lembik. Turun saham aku jika begitu.
AKu mencadangkan untuk mengadakan kenduri aqiqah anak-anak aku semasa cuti musim panas yang lepas di rumah mak mertua aku. Jelas sekali kegembiraan mak mertua aku. Kami sepakat mengorbankan seekor lembu. Mak mertua aku beria hendakkan lembu itu disembelih di rumah. AKu turut sahaja. Aku rasa ianya pengajaran yang bagus untuk anak-anak aku. Mak mertua aku cuma mahukan kekecohan.
Rumah mak mertua aku dikelilingi saudara-mara belaka. Sehari sebelum kenduri penuhlah rumah mak mertua aku. Kecoh dengan persiapan kenduri. Yang lelaki melapah lembu, yang perempuan menyiapkan ramuan masakan. Timbullah cerita lawak diiringi gelak ketawa. Yang sernok pastinya jika ada yang melatah.
Anak-anak aku turut menyaksikan penyembelihan lembu. Monyok muka masing-masing, sedih gamaknya. Aku teringat masa aku kanak-kanak. Ayah ada membela beberapa ekor ayam. Ayah sendiri akan menyembelih ayam. Dia akan pastikan anak-anaknya samada memegang ayam itu atau berdiri disitu. Tiada siapa yang dibenarkan mentutup mata. Macamana nak jadi Pertiwi islam, kalau sedikit darah pun kau takut? Aku tidak membesar sebagai pertiwi, tapi darah tidak mudah menggoyangkan aku. Tapi aku tidak pernah diuji melihat darah mereka yang mengalami kemalangan ngeri.
Anak-anak aku pun turut sebok pada hari kenduri. Mereka di beri tugas yang mudah-mudah. Mereka mambantu mengisi kepingan wang kertas dalam sampul, mengisi jajan dan tuala muka dalam pek kecil, menyusun pinggan dan berlari kesana kemari. haziq pula ditugaskan mengisi air kedalam kendi danmemastikan kendi sentiasa berisi air sepanjang kenduri. Syabas kepada Haziq!
Beberapa rakanku dari Qatar turut hadir pada hari tersebut. Salah seorang dari mereka adalah jiran kekasihku semasa kekasihku masih kanak-kanak. Kekasihku meminta rakanku itu membawa ibubapanya sekali. Maka terjadilah kisah jejak kasih pada hari tersebut. Betapa kecilnya dunia ini. Buat baiklah kepada semua. Kita tak tau bila dan bagaimana kitaakan bertemu lagi.
Hujan renyai-renyai hari itu menyebabkan hari terrasa nyaman sekali. Dan kepenatan berkenduri kurang terasa.
Tapi, pada hari esoknya, pinggan perlu di lap dan disusun. Rumah perlu dikemas. Periuk-periuk besar perlu di susun di dalam stor.
Kenduri lagi tahun depan? Mungkin juga.
Oh ya, beberapa gambar kenagan terdapat di SINI. Tetapi sesetengah gambar mungkin agak mengganggu perasaan. Teruskan dengan berhati-hati.
The Rights of Allah and Etiquette with Allah
9 years ago
10 comments:
suka menjamu tetamu. itu sbb lah rejki dia bertambah kerna sudi berkongsi rejki yg di perolehi....
I suka kenduri kendara meriah sangat. Esp kat kampung sebab ada gotong royong. Zaman sekarang catering je semua. Tu sebab jiran tetangga dah tak rapat.
Anyway..lollies u ada tanam tak daun kesum tu? Mmg daun pandan sini keras belaka hahaha..tapi dah itu je yang ada so pakai je la..daripada tak ada langsung kan? Lepas jugaklah nak buat sirap selasih...
cik dinz - Ameen. Moga moga ya
dills - wah wah wah dah cerita pasal sirapselasih ni. siap sedia nak puasa ke? i tak tanam. i pernah tanam tapi tak menjadi. ada gak i rendam sikit.
hi! i dont know how i bumped into your blog but i'm not complaining! i read the first few lines and smiled and then a few more lines i laughed! i liked it! and damn those rambutans look good!!
Zaza
Memang masa aqiqah elok anak-anak tengok korban kena sembelih.
Sayapun rajin buat kenduri, yang tetamu 5-6 orang aje... heheheh
syok yek balik lama dapat berkenduri. lama nya tak rasa kenduri2.
mak aaiii... dah besor si fariha tu. same age dengan jiq magic ka?
more msians from vietnam will be arriving in qatar.. he he..
waaaa...meriah nyer kenduri aqiqah anak2 awk ye....suke tgk sume gambo2 tuh...si kecik saya nyer kenduri aqiqah dh selesai dh mase umur dia 2 bulan...biasa la...mertua saya yg beria...saya ikut ajer la...hehehe....
setuju btul tang pisau tu,siap bawa dr.rumah lagik
lain pulak feeling bila kau blog in Malay..hihi..
Post a Comment