Sunday, October 30, 2005

Balik Kampung

Sekejap lagi kang saya satu keluarga nak balik kampung dah. Mula-mula kita balik Muar, kampung saya. Lepas tu hari selasa atau pagi Rabu kita balik Melaka, kampung lover saya. Malam raya dan sembahyang raya semuanya di Melaka. Every year.

Sepanjang kahwin, saya tak pernah raya kat Muar on first raya. Ini adalah kerana parents saya sendiri balik kampung. Nenek saya (my father' side) tinggal di Kluang. So what I do year after year is, after sembahyang raya, kita orang semuanya pergi Kluang jumpa my parents and my nenek tapi kita orang balik Melaka balik on the same day.

Psssttt, I thinkkan my mum kan dia boring jugak sebab still kena beraya kat kampung Kluang tu (dari sejak dia kahwin lagi). I think since dia dah ada cucu (yang semuanya dihasilkan oleh saya), dia teringin nak kita semua bermalam raya dan bersibuk-sibuk memasak dan seterusnya sembahyang raya dan bersibuk-sibuk di pagi raya dan ultimately mintak ampun dan maaf bersama-sama di pagi raya..di rumah dia.

I so know how she feels.

I so know how she wants to be the woman of the house..during raya time.

Pasal saya pernah duduk kat obersea dulu. Saya tau kesibukkannya masa malam raya tu. I prepared all the raya meal by myself, well except the pressed rice. Saya mintak budak jantan buatkan. Masa tu tak ada ketupat adabi tu. So bebudak jantan tu creatively buatlah nasi impit. Hempap dengan dumb bell, buku yang tak pernah bacalah dan macam-macam lagi benda yang berat.

I single handedly prepared the rendang, lodeh (orang Johor wajib ada lodeh) and kuah kacang. Sapa yang rajin nak tolong, I hand the task of potong memotong bawang, bawang puteh, lengkuas yang keras tu, serai, buang kulit kacang, halia dan the etc. job.

Dapur tu saya punya. Saya handle the amount of santan, the amount of cili, kerisik, the kerangupan kacang, amount of sampah sarap in the lodeh, garam, gula, kering rendang, amount of kuah kacang. Semuanya saya punya. Saya, Lollies, the control freak jadi project manager dapur. Etc. job aje saya kasi kat the volunteers.

Saya digress.

Point saya is, saya rasa, samalah dengan mak saya. Dia pun nak in control jugak. Dia nak gak pilih sendiri set pinggan mana yang nak dipakai raya ni rather than being asked to take the set of their choice. Yalah memang dia orang buat kerja sama-sama. Macam taulah sapa yang kena isi ketupat, tukang kacau rendang, tukang jaga api, tukang potong carrot, kobis, tukang rendam perut tahu, suun. Tapi mesti ada master mind dia.

Saya suka jadi mastermindnya.

Dan mak saya nak merasa salaman anak-anaknya dan celoteh cucunya pada pagi raya tu jugak, di rumah sendiri, bukannya pukul 2 tengahari.

Tapi tak apa..saya semua dan anak-anak still jumpa dia. Lambat pun lambatlah. Ada orang langsung tak dapat jumpa.

Err..saya pun ada kat rumah mertua saya.

Tapi orang Melaka tak buat lodehlah.

Selamat hari raya korang semua. Saya mintak maaf jika ada terkasar bahasa atau cara sepanjang korang membaca di sini atau yang saya komen kat tempat korang.

14 comments:

munirah hayati said...

selamat hari raya lollies!! maaf zahir batin. drive safely ya on the roads... semoga selamat

Anonymous said...

kesiannya kau dan mak kau..at least aku ada la jugak turn..well! this year is Busu's..*roll eyes*

Selamat Hari Raya..Mintak maaf kalau ada salah silap..jangan main mercun, nanti masuk dalam kain susah!

Anonymous said...

selamat hari raya to you too nyonta la mer

aie - nasib baik aku dan in laws aku ok. so not too bad.

Ni said...

Hg dah nak balik kpg lollies? Berhati-hati di jalan raya tau. Jgn ringan2 ketika memandu ok. Jgn marah2 kalau jem ok. Jgn potong ikut lane tepi tau. Jgn speeding tau.

Happy & Safe Journey Lollies!

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN

Jo Kontan said...

Lollies

"Tapi orang Melaka tak buat lodehlah "

Eh Yer ker ? Nenek kitaorang is true blue Melaka,. @ Limbongan, Klebang Kecik.

Buat Pulak Lodeh ??



"

Anonymous said...

cik ni - ya saya ingat tu. tapi masa saya balik tu langsung tak jam. Yippeee

jokontan - huwaaaaa! apasal orang tyangga batu tak buat lodeh ah? huwaaa

shidah said...

selamat hari raya.... nasib baik aku tak raya kat opis :)

Anonymous said...

We haven't seen each other for a long time, I realised after reading your blogs. Sorry dear, have been busy lately. Congrats on Haziq's achievement, 6 awards -excellent, and Selamat Hari Raya, maaf zahir batin to u and family. M in AS, just arrived at 6 today

Anonymous said...

shidah - ayoyo nasib baik

lyn - yeah I know. that is the price. they pay peanuts..I get to spend time more doing nothing but writing blogs.

Cherry said...

selamat ari raye. awak tak serve lollipop ke di ari raye ? this year i became the queen of the house at my mother's house in KT. my mama raye in Bandung and none of my husband's siblings balik rumah my late MIL. so i veto lah raye at my mother's empty house. tapi spoilt pulak, sakit angin dlm perut di subuh raye sampai tengah hari raye. aduuhhh the queen terlantar dlm bilik saje lah. the king beraye w/ the princes ronda-ronda kutip duit raye.

Lollies said...

eh! I thought ypu pun nak balik bandung. Tak eh? Takpalah..dah nama pun queen. rehat sajalah ya.

Anonymous said...

Keep up the good work
»

Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it beckwith foundation scholarship

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! 11 4l tabletop humidifier cool mist New zealand australia business cards Free disney game for kid Ice makers parts Laser hair remover tokyo Samsung a800 ringtone cheap viagra