Wednesday, October 01, 2008

Raya di Qtar 2008

Seperti yang tidak dijangkakan, puasa di Qtar tahun ini cuma 29 hari sahaja. Sama seperti tahun lepas. Tapi tak sangkalah aku pisang berbuah dua kali.

Asalnya aku tak nak masak apa-apa pun. Sebab mengikut pengalaman yang lepas aku tak duduk rumah satu hari suntuk, jadi masak ni macam membazir pulak. Tapi tahun ni pulak ramai kawan yang aku rapat sikit tu dan yang senior sikit tu dan yang selalu masak dan yang aku selalu lepak sampai ke tengah malam tu nak pergi beraya-raya overseaslah pulak. Maka aku bercadang biarlah malam ni orang lepak kat rumah aku pulak.

Jadi, malam tu lepas dapat sms yang raya jatuh pada hari Selasa, aku pun dengan segera terus campak ketupat segera (saja suka pakai segera 2 kali dalam satu ayat). Nasib baik masa tu aku tengah vacuum rumah separuh jalan. Kalau tak harulah kelam kabutnya.

Tapi masa tu aku seakan emotionallah pulak. Esok raya? Ramadhan definitely had run its speed. Balik aje kekasih aku (dia pergi tarawikh asalnya) tak sempat-sempat dia nak letak santan tin yang dia jumpa kat kedai tu, aku terus peluk dia dan nangis. Don't ask me why, because I don't know why either. Err dan lepas tu dia volunteer untuk mop rumah. :p

Dan aku mulalah sessi potong memotong. Nampaknya, niat aku nak masak dan mengecohkan suasana rumah menjadikan malam raya tu lebih kecoh. Haziq dan Sya berebut nak tolong potong. Nasib baik aku ada 3 chopping board. Dia orang potong serai dan daging (terkecik pulak. Lack of supervision dari aku). AKu potong yang susah iatu bawang and other stuff. Oh aku juga tukang goreng kerisik.

Zachary malam tu memang lebih excited. berlari-lari satu rumah. Kelakar betul. Tak tau amenda excited aje lebih.

Kali ni sembahyang raya di tanah lapang seperti arab yang lain. Kita orang tak pergi embassy sebab embassy sembahayang raya lambat sangat. Pukul 830. Panaaaasss dah time tu. Macam pukul 1100 kat Malaysia. Pasal kita orang keluarga Lollies yang akan cair melekit kena panas, so sembahyang open air pukul 0600 pagi dengan matahari baru aje naik, angin pun sejuk-sejuk aje, dengan kawasan terbukanya, jauh lebih best.

Balik raya ada pulak makanan raya sikit. Sedaapp tu. AKu buat simple aje, nasi impit, kuah kacang, lodeh and rendang.

Pukul 10 kita orang start keluar beraya, berconvoy dengan The fath dan the Dans dan malam tu pukul 930 baru dia orang datang beraya rumah aku sampai pukul 12 lebih.

Semoga ini jadi kenangan indah beraya dengan rakan yang dah jadi saudara aku sampai bila-bila.

Psstt lagi indah sebab dia orang kata rendang dan kuah kacang aku meletops. Ahaks! Ahaks!

Rakan-rakan yang membaca blog ini, saya ucapkan selamat hari raya. Saya mintak maaf jika ada tulisan saya yang mengguris hati di sini maupun di komen box. Eid Mubarak. Taqabbal Allahhu minna wa minkum.

19 comments:

BeeLOVE said...

Eid mubarak, Lollies and family!

Sungguh meriah warna merah! saya sungguh suka sekali

waahh suka la adegan balik peluk nangis tuh hihihi siap dapat offer mop lantai, syok betol!

Earthmom said...

Terlambat pulak nak ucap Selamat Hari Raya. Hope your family had a happy and fulfilling Eid. :)

Lollies said...

farah - silalah ambik tips yang bernas itu. :P

earthmom - selamat hari raya to you too!

Ir. Hanafi Ali said...

Alhamdulillah... Merah semua. Macam not sepuluh ringgit pulak.

Anonymous said...

Komen Pak Malim, kucing ray yang alim.

Selamat Hari Raya, kata Pak Malim sambil memakai baju kebaya. Maaf Zahir Batin, kata kucing ray sambil mengunyah biskut dalam tin.

Anonymous said...

that picture is so CUTE! \(^_^)/

selamat hari raya!

Lollies said...

hansac - tahun depan nak pakai kaler biru seakan-akan duit RM100 pulaklah. :D

pak malim - eh awak pakai baju kebaya ke?

1bloghopper - wehei that icon is cute too

atiza said...

Dik Non, baju raya kita satu theme la... ;p
Nanti bila aku sampai rumah, aku post gambo ...he3x

Nazrah Leopolis said...

lawa lawa lawa...

i am very proud of you sbb berjaya get eveyone to get dressed so nicely.

abang i tu, butang, samping, songkok semua takmo pakai. tak rock dia kata...

nasib baik anak2 dengor kata...

dan awak darling...masyaAllah, tak terkata kejelitaannya.

Anonymous said...

Salam aidilfitri to you and family. Eh comel2 belaka pakai warna merah especially lollies yang cute bertudung tu ..

Anonymous said...

Komen Pak Malim, kucing ray yang alim.

Saya sebenarnya mengalami kecelaruan identiti, kata Pak Malim sambil naik pedati. Tuan saya, perempuan, kata Pak Malim sambil berjumpa pakar sakit puan. Tapi saya kucing jantan, kata Pak Malim sambil minum santan. Hari Raya, saya suka pakai baju kebaya kata kucing ray yang kaya. Sebenarnya saya nak komen bahawa gambar Lollies sangat cantik, kata Pak Malim dgn mata yg lentik.

Lollies said...

atiza - cepat -cepat letak. tak sabo nak tengok

nazrah - lover suka pakai baju melayu (setahun sekali jelah tapik). dia sangat suka samping dia tahun ni. tak habis2 puji diri sendiri. nyampah i. :D

Ummi - auww!!!

pak malim kucing kesayangan ramai - saya sangat berbesar hati yang bahawasanya kucing bermata lentik suka dengan gambar raya saya tahin ini. bilakah agaknya dapat lollies menatap gambar pak malim denagn tuannya? :D

elisataufik said...

kita dah beraya ber maaf-mafan malam raya, kan kan kan??
(Excuse sebab tak sempat baca post ni awal2)

elisataufik said...

eh lupa, I nak add..

nak tanya Pak Malim Kucing Ray yang alim,
kenapa tahun ni jarang benor nampak muka keluar teevee, kata elisa sambil meminum coffee. Masih di sana atau sudah bertukar ke sinun? tanya elisa sambil mengikat sarung tenun.

eh kita tak reti nak berpantun macam pak malim lah, tambah elisa dan terus blah.

Sunfloraa said...

mat hari raya. Maaf zahir batin. Wah sungguh meriah sekali sambutan raya anda :)

Mama Rock said...

lollies, anda kelihatan begitu manis berbaju kurung di pagi raya :)

salam aidilfitri and maaf zahir batin dari mama rock.

Cherry said...

wah baju raya senada dengan warna dinding rumah le ! warna buah cherry ... merah ... i like it.

eh tudung tu awak pakai dua lapis macam pakai kain dalam ke ? canggih tu.

selamat hari raya ...

Anonymous said...

Hai Lollies

Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin!

Just got back to work today and saw your lovely red family photo. This year, we all pakai warna-warni - omar & Adam purple, Aisyah and myself - yellowish green, my hubby - grey/light purple...

Hope you had a fun raya.

Take care.

I Do and Family.

p/s: new lifestyle for us - without a helper already as she decided to become a 'kupu2 malam' instead..

Lollies said...

elisa - ohhh kucing pak malim ni femes rupanya ya.

sf - warna tu yang buat nampak merah tu. he he

mama rock - auwwww. terimakasih

cherry - hahahhaha. macam kain dalam tapi pakai kat luar.

i do - ah? kupu-kupu malam??? memang dah agak dah dia tu. jogging pun bermekap. lipstick merah menyala!!